Mata itu karunia Tuhan.
Roslan Aziz & Ego Seorang Agamawan
June 20, 2008 by tinjauMungkin telah Tuhan berikan wewenang kepada orang yang bersorban dan berjubah sahaja untuk berbicara tentang agama-Nya. Selain dari mereka itu adalah haram dan terlarang. Barang siapa yang berbicara tentang agama tanpa pernah ke Azhar atau ke pondok dan pasantren maka dia dianggap dhalal - sesat.
Logisnya ada, iaitu orang yang bersorban dan jubah ini kan yang belajar agama. Lalu sudah satu kepastian bahawa orang yang belajar agama lah yang mengerti akan hal agama. Ketimbang seorang yang belajar kejuruteraan, sudah pasti dia hanya mengerti akan ruang lingkup kejuruteraan semata dan amatlah cetek ilmunya dalam hal agama. Begitu juga seorang yang belajar agama tiada pengetahuan dalam hal kejuruteraan.
Justeru, biarkan orang yang bersorban dan berjubah itu berbicara semua hal-hal agama, dan ingatan keras kepada orang yang belajar ilmu lain untuk mencampuri ehwal religus. Dan kepada yang tak belajar apa-apa itu, lebih baik diam dan mengekor; kalau disuruh angguh maka angguklah. Kalau disuruh geleng maka gelenglah.
Tetapi dunia hakikat itu bukan seperti itu; ada manusia yang belajar agama tetapi dia tak mengerti apa yang dia pelajari. Dan ada yang belajar kejuruteraan tetapi dia memahami apa yang disampaikan oleh seorang ustaz. Malah ada banyak orang yang belajar ilmu sains dan dalam masa yang sama dia belajar ilmu agama.
Makanya kita harus kembali kepada akar, basis dalam pemahaman iaitu setiap bangsa akan memerlukan agama untuk diisi dalam degupan jantungnya. Lalu seorang Melayu sudap pasti akan punya basis sedikit tentang agamanya. Yang beda antara yang ke London mengaji sains dan yang ke Tanta mengaji Fiqh wa usulihi adalah yang ke Tanta itu lebih banyak mengerti agama.
Oleh kerana pemahaman itulah kita melihat para ustaz kita ini dibawah bayangan malaikat, atau pun persis seperti nabi - ma’sum dan terjaga dari kesalahan tafsiran agama. Padahal seorang nabi terkadang melakukan silap seperti kasus nabi membelakangkan seorang buta dan memberi penghormatan kepada pembesar kaumnya yang masih musyrik. Kerana pada pikiran sang nabi, andai pembesar ini memelok Islam nescaya kaumnya akan menuruti. Tetapi pikiran nabi nyata mendapat teguran dari Tuhan lalu turun ayat daro kolong langit menegur pikiran nabi. Akhirnya nabi memperbetulkan tindakannya. Ini makna ma’sum seorang nabi, iaitu dia terjaga dari segala kesilapan dan kesalahan, andai berlaku maka Tuhan terus memperbetukan dia.
Sebaliknya seorang agamawan itu maqamnya lebih tinggi dari rasul dalam hal berbuat sialp dalam tafsiran agama. Seolah-olah mereka adalah malaikat bersayap yang menjalankan arahan Tuhan. Sedikitpun mereka tak tergelincir kerna mereka telah diprogramkan oleh Tuhan. Maka apa saja yang mereka katakan itu berupa titah sang Gusti Agung Purbawisesa. Manusia sekeliannya harus tunduk patuh tanpa banyak bicara dan tanpa engkar.
Lalu seorang manusia yang entah apakah pengajiannya di Tanta atau paling kurang punya 4 thanawi dari pasantren atau dia tak belajar agama, itu tak dapat dipastikan. Tetapi yang pasti dia adalah manusia yang bergelumang dengan muzik, telah mencabar kewibawaan Manusia-Malaikat ini. Roslan Aziz adalah seorang komposer lagu, yang sudah pasti Islam tidak menyetujui pekerjaannya. Dia tak terkenal sebagai seorang ustaz seperti Ustaz Akil Khair atau seperti Rabbani yang ber-Gospel Islami. Dia tak terkenal dengan islamis, malah pernah masuk mahkamah atas tuntutan cerai dari bekas isterinya yang juga seorang penyanyi.
Tetapi Roslan telah berani memperkatakan sesuatu yang benar: “Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci,”
Ekoran itu Manusia-Malaikat ini pun tersentak lalu berang. Seperti anjing yang menyalak, bukit tak kan runtuh. Maka sudap pasti Roslan akan dicemuh dan dibenci kerna kenyataannya itu. Hari ini Roslan telah mohon maaf secara rasmi di blog beliau. Mungkin kerana memikirkan bahawa Manusia-Malaikat itu punya sayap dan bisa sampai kerumahnya dalam sekejip mata. Maka dia harus cepat-cepat mohon maaf, selagi masih ada masa sebelum mereka muncul di depan katilnya mlm ini dan berfatwa “Kau Sesat dan menyesatkan”.
Saya tidak menyokong Roslan yang tidak puas hati kerana Ella dan Mas Idayu dilarang menyanyi di konsert 100 hari kemenangan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Tetapi saya suka kepada kenyatannya di atas yang berjaya mensifati golongan agamawan dengan satu hakikat yang telus dan jujur. Berani.
Sebenarnya apa yang dikatakan oleh Roslan adalah kebenaran. Umum ketahui bahawa orang agama seperti itu. Pantang bagi seorang agamawan untuk memohon maaf atas ketelanjurannya. Malah adalah mustahil baginya untuk mengatakan bahawa pikirannya songsang dan bercanggah dengan Islam!
Untuk bersikap adil, biarlah kita yang selalu ke masjid dan surau, serta yang mengikuti pengajian, akan senantiasa menyahut cabaran Roslan. Kita harus tanyakan sang penceramah itu akan sumber rujukannya, dan apakah rujukannya itu sah dari segi pemahaman dan nukilan.
Lantas setelah itu, kalau terbukti bahawa para agamawan kita ini mengerti akan sumber ucapan dan pengajaran mereka, kita telah berjaya mendapat ilmu yang benar. Tetapi andai mereka - Manusia-Malaikat - ini tidak mampu mengemukakan bukti keabsahan rujukan mereka, maka haruslah kita berlepas diri dari mereka.
Nasihat saya kepada para agamawan kita:
”Allah telah utuskan Roslan untuk membangkitkan kembali Kesarjanaan Ilmiah kalian dalam menghayati agama. Kalian harus buktikan kepada Roslan dkk [dan kawan-kawan] nya bahawa kalian mengetahui setiap rujukan yang kalian bicarakan, kalian mengetahui darjat setiap hadith yang kalian ujarkan. Dengan itu, Roslan dkk akan tertunduk malu kerana ucapannya berlawanan dengan kenyataan”.
Sains Dan Agama
June 12, 2008 by tinjau“Sains itu adalah penemuan. Bukan penciptaan. Sains bukan agama tetapi agamalah yang memberi pengetahuan kepada sains.” - Bangchik
No comments:
Post a Comment