Bila yang tak reti agama bercakap
Sungguh pedih dan tajam kata-katanya umpama mengkritik peserta Akademi Fantasia yang menyanyi dengan suara sengau dan serak.
Kalau dalam Akademi Fantasia boleh lah nak hentam tapi dalam bab agama sori la ye. Suara saudara tidak akan diterima bulat-bulat oleh mereka yang mendengar. Mungkin sudah biasa mengkritik budak-budak hingusan di atas pentas kini masih lagi terbawa-bawa ke alam realiti bercakap tanpa memikirkan akibatnya.
Adakah dikatakan ego jika kita ingin menjadikan masyarakat semua berkelakuan baik bukan seperti artis yang tahu melolong sahaja? Adakah suara manja Ella dan lenggokan pinggul Mas Idayu boleh membawa penonton mengingati mati?
Rasanya jika keimanan telah tersemat di dalam hati sesiapa sahaja akan menyokong tindakan Pemuda Pas Selangor membantah konsert tersebut. Melainkan saudara Roslan Aziz sudah tiada penghayatan Islam dalam dirinya ataupun memang sudah keluar Islam.
Dia juga mempersoalkan tentang kesahihan Hadis yang dibaca atau dibawa oleh seorang Ustaz Pas yang terlibat dengan amar makruf nahi mungkar yang mana Al-Quran dan Hadis sudah sebati dengan diri Ustaz untuk menjadi pedoman hidup tetapi dia sendiri lupa bahawa dia masih lagi bersekongkol dengan Syaitan dalam menjadikan manusia seluruhnya sesat.
Orang Pas menggunakan Islam dalam politik sebagaimana Nabi juga membuat begitu dengan tidak memisahkan agama dan siasah ( politik ) tetapi Umno menggunakan Islam untuk menjadi make up dan memperindahkan kata-kata tetapi isi Islam tidak dijadikan panduan.
Dalam Umno yang baik ada orang-orang senget. Orang-orang alim, lebai-lebai yang baik pula dalam parti senget
Mengaku pula dia dalam Pas memang terdapat orang alim dan lebai tetapi kenyataannya yang menyindir ini membuktikan lagi dia memang tidak suka dengan apa yang Pas bawa. Menyifatkan parti Pas sebagai senget samalah seperti kata-kata Abu Jahal Moden ini berkata kepada Nabi ketika mana diajak meninggalkan sembahan nenek moyang mereka.
Sunnatullah telah termaktub perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah bukanlah mudah dan dekat jaraknya. Semua ini merupakan tayangan peristiwa-peristiwa lampau yang berbeza pelakonnya pada zaman ini.
Semoga Allah memberikan kekuatan kepada penolong-penolong agama Allah dalam mengharungi liku-liku perjuangan.
No comments:
Post a Comment