Tuesday, June 24, 2008

al kisah Roslan Aziz. Seniman Melayu Islam yang kehilangan identiti.

KONSERT 100 HARI SELANGOR: Apabila Bekas Pengetua Akademi Fantasia Komen Pemuda PAS Negeri!

Konsert Sempena Meraikan Hari Ke-100 Kerajaan Selangor yang mendapat mandat daripada rakyat Selangor, telah dijadualkan akan disertai oleh dua artis wanita Melayu (ratu rock terkemuka Ella dan ratu dangdut Mas Idayu), tetapi mendapat bantahan rasmi daripada Pemuda PAS Selangor.

Pemuda PAS Selangor yang melalui Ketua Pemuda PAS Negeri Sallehen Mokhyi, yang telah menyerahkan memorandum bantahan kepada Nik Nazmi, berharap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertindak segera agar tidak mencetuskan ketidakpuasan hati rakan kongsi (dalam Pakatan Rakyat) khususnya PAS.

Bagaimanapun tindakan Pemuda PAS Selangor itu telah membawa kepada kenyataan balas bekas Pengetua Akademi Fantasia, Roslan Aziz! Beliau telah menyifatkan tindakan tersebut adalah bersifat propaganda PAS yang menggunakan sensitiviti keagamaan bagi mendapatkan pangaruh di Selangor memandangkan PAS hanya mendapat sokongan paling kecil berbanding parti gabungan Pakatan Rakyat, PKR dan DAP.

Adalah tidak wajar sama sekali Roslan Aziz bersuara berkenaan sensitiviti perkara tersebut kerana ia menunjukkan kelemahan penguasaan beliau terhadap pengetahuan agama Islam! Memberi komen tidaklah menjadi suatu kesalahan tetapi jika ia boleh mengelirukan pandangan umum dek kekurangan pengetahuan asas, maka lahirlah tulisan ini yang akan memberi pandangan balas terhadap Roslan.

Siapa Roslan? Layakkah si bekas pengetua Akademi Fantasia yang telah melahirkan ramai artis-artis baru (termasuk Melayu gedik) dan telah merosakkan pemikiran (melalaikan daripada hakikat sebenar kehidupan manusia) beratus ribu penonton remaja Islam? Akademi Fantasia juga telah merosakkan dan mencemarkan kesucian ajaran Islam di mata penonton bukan Islam kerana ramai artis Melayu Islam yang berpakaian mendedahkan aurat telah ditayangkan seperti tiada apa yang berlaku! Apa kata penonton bukan Islam apabila melihat contoh remaja Islam yang melalaikan?

Tidakkah saudara Roslan sendiri melihat bagaimana Akademi Fantasia telah menyebabkan ramai pemuda-pemudi Islam lebih mengenali artis-artis baru berbanding tokoh-tokoh Islam berserta sejarah Islam yang agung? Malah remaja Islam kini telah dilalaikan daripada mengenal cendikiawan-cendikiawan Islam!

Hebat sangatkah artis-artis kita ni, sampaikan ada individu yang berani mempertahankan periuk nasi artis? Lupakah Roslan siapa yang memberi rezeki kepada manusia? Kelibat dan pakaian artis selalunya mudah diikuti oleh remaja yang kehilangan identiti sendiri kerana tiada pendedahan mengenai tamadun Islam yang tinggi.

Roslan Aziz sepatutnya mengkaji dahulu kenapa tindakan seumpama yang diambil oleh Pemuda PAS atau pandangan ramai pencinta Islam kenapa konsert yang melibatkan artis mendedahkan aurat diharamkan! Ternyata Roslan telah membuat kesimpulan melulu yang dilihat mengambil kesempatan politik tersendiri! Mungkinkah Roslan terperangkap dan digunakan oleh pihak tertentu hingga mengeluarkan kenyataan tersebut yang menunjukkan beliau lemah pemikiran mantiknya?

Itulah al kisah Roslan Aziz. Seniman Melayu Islam yang kehilangan identiti. Penganalisis ingin memberi contoh artis yang boleh mendatangkan manfaat. Roslan Aziz sepatutnya melahirkan artis baru yang boleh menandingi penyanyi nasyid Indonesia tertentu, bukannya membidas Pemuda PAS Selangor tanpa usul periksa.

Wallahu `alam bissowab…

June 19, 2008 Posted by NO ISA!

No comments:

Quantcast Quantcast

Haring by 'aLi

MUSICOLOGY