Tuesday, June 24, 2008

...duduk berbincang dan berkerjasama




Altenatif

Oleh: Yussamir Yusof
20 Jun 2008
Cyberjaya
www.yussamir.com
http://tetasan.blogspot.com


“Orang agama tunjuk ego.”

Saya tertarik membaca ulasan yang dibuat oleh Roslan Aziz baru-baru ini. Ulasan ini dibuat setelah Pemuda Pas menghalang konsert yang bakal dianjurkan di Selangar. Apa yang menarik ialah, pandangan yang dibuat oleh beliau ini menujukkan bahawa orang awam sememangnya sudah bosan dengan telatah orang agama.

“"Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci,"(Roslan Aziz dalam Malaysiakini)



Bukan nak menyokong mana-mana pihak, tetapi seharusnya para agamawan sedia untuk dikritik dan sedia untuk memberi altenatif. Namun, apabila ada sahaja Mufti yang berkeinginan untuk turut sama turun dalam dunia hiburan, dengan menyediakan lirik-lirik dan lagu-lagu yang berteraskan membawa manusia ke arah menghayati Islam. Maka ada pula mulut-mulut yang berasa tidak selesa dengan tindakan luar ‘tabi’e’ Mufti ini. Mereka menghalang konsert-konsert yang didalamnya terdapat pelbagai unsur-unsur yang membawa kepada maksiat. Tetapi mereka tidak pernah untuk menyediakan ruang dan altenatif agar konsert-konsert ini dijalankan dengan kadar yang mendekati landasan islam. Antaranya, menyediakan ruang konsert yang dapat memisahkan antara lelaki dan perempuan. Berkerjasama dengan para pemuzik dan karyawan dalam konteks mengubah lagu dan lirik. Menyediakan skrip-skrip filem yang membawa kepada penghayatan agama;misalnya ayat-ayat cinta, kun fa yakun dan kiamat sudah dekat.



Saya memetik lagi kata Roslan aziz:

"Tidak ada konsert, di Kelantan ada juga anak luar nikah. Ini soal pembangunan budaya. Ini juga tentang cari makan. Konsert kalau tidak benarkan, mesti beri alternatif lain,"


Sampai bila agamawan mahu bersikap seperti tuhan,jangan hanya tahu menghukum tetapi tidak pernah berusaha mencari jalan/altenatif. Begitu juga kepada para karyawan dan pemuzik, sampai bila anda mahu berkarya dengan karya-karya yang hanya mengkhayalkan manusia tetapi tidak membawa sebarang faedah kepada manusia. Hidup bukan untuk selama-selamanya. Biarlah hidup itu bererti dengan memberi sesuatu yang bererti kepada diri sendiri dan masyarakat sekeliling, terutama untuk agama. Berganding bahulah, antara satu sama lain. Islam tidak pernah menghalang hiburan, kerana fitrah manusia memang memerlukan hiburan. Dalam kehidupan bukan seluruhnya kita perlu serius dan bertekun. Islam tidak memerlukan kerahiban, Islam juga bukan agama yang mengongkong. Kata Nabi Muhammad saw dalam sebuah hadith yang direkodkan oleh Muslim, “Kemudian Rasulullah s.a.w, bersabda: "Demi Zat yang diriku dalam kekuasaannya! Sesungguhnya andaikata kamu disiplin terhadap apa yang pernah kamu dengar ketika bersama aku dan juga tekun dalam zikir, niscaya Malaikat akan bersamamu di tempat tidurmu dan di jalan-jalanmu. Tetapi hai Handhalah, saa'atan, saa'atan! (berguraulah sekadarnya saja!). Diulanginya ucapan itu sampai tiga kali."

Akhir kata, jangan menuding sesama kita. Tetapi duduk berbincang dan berkerjasama. Jangan seorang berlagak seperti Tuhan, dan seorang lagi berlagak seperti serba tahu.

WaAllahualam..

No comments:

Quantcast Quantcast

Haring by 'aLi

MUSICOLOGY