Tuesday, June 24, 2008





Saturday, 21 June 2008

Alahai Roslan Aziz

Salam...

Semalam adalah baca harakah skit...terbaca ler tajuk Roslan Aziz mintak maaf kat sebuah parti politik kat Malaysia...dlm hati..menda pulak mamat ni buat sampai nak mintak maaf...pastu aku masuklah kat blog dia http://roslanaziz.blogspot.com/ ...oooo..baru leh faham...

"'Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci,' katanya kepada Malaysiakini...tulah antara kata2 Roslan lanjutan dari kontroversi konsert Ella dan Mas Idayu yg dijadualkan kat Selangor...

Aku bukan nak lebih2 pasal hal ni...lagipun Sdr Roslan dah buat permohonan maaf...bkn jugak disebabkan kenyataan tu ditujukan pada parti politik tertentu kerana aku bknlah ahli pada mana2 parti...cuma bagi aku kenyataan yg dibuat Roslan menghina golongan ulamak dan secara tak langsung menghina Islam...ulamak adalah pewaris nabi..tak kira dr parti mana..

Sebenarnya malas aku nak ulas panjang isu ni...blog nipun bkn blog politik..just blog peribadi jer..tapi sebagai Muslim aku rasa wajib bg aku mengatakan sesuatu...cukuplah Islam dihina...paling sedih dihina oleh org Islam sendiri...maybe isu nipun dah basi kat Msia...biasalah isu2 yg melibatkan agama susah nak jadi sensasi kat Msia jika nak dibandingkan isu2 lain..artis ke..minyak ke...malah isu hina Nabi pun kurang mendapat reaksi org ramai....

Teringat kata2 Naqib kat Majlis Ilmu....
"zaman sekarang ni,..org akan kata mcm2 kat umat Islam yg buat demo ke,tunjuk perasaan ke mengatakan perasaan/bantahan masing2 bila org hina Nabi kita...sekurang2nya ada jugak dihati mereka perasaan cintakan Nabi...kalau kita tak rasa apa2 langsung bila org Hina agama kita,hina Nabi kita..taktaulah apa saya nak kata...cuba cek balik diri kita...hati dah gelap kot..."

Maaf ler kalau ada tersilap kata...hehehe
Salammm...

3 comments:

Mukjizat Saintifik said...

Assalamualaikum...Semoga saudara Roslan Aziz dirahmati dan diberikan taufik oleh Allah. Tahniah kerana telah berlapang dada dalam perkara ini. Apa yang penting masing-masing perlu menilai diri sendiri samada ianya betul dengan kehendak Pencipta kita. Kita semua perlu mengetahui apakah kehendak sebenar Pencipta kita, menciptakan kita. Adakah kita boleh berbuat sewenang-wenang tanpa memikirkan peraturan dan undang-undang Pencipta. Untuk pengetahuan kita semua, setiap perkara yang ada di dunia ini tidak terlepas dari undang-undang dan batasan nilai. Kita tidak boleh bertindak semborono dalam melaksanakan sesuatu perancangan. Malah setiap percaturan yang di gerakkan perlu selari dengan undang-undang pencipta. Mengapa perlu kepada undang-undang? Kalau tak perlu cubalah letak air menggantikan petrol dalam kereta kita? Kitakan berhak berbuat apa sahaja kerana kereta itu adalah kereta yang kita beli. Jadi kita boleh la bertindak semahu-mahunya. Tak begitu???

roslan aziz productions said...

Say: Have you considered what provision Allah has sent down for you, how you have made of it lawful and unlawful? Say: Has Allah permitted you, or do you invent a lie concerning Allah?” (Yunus: 59)

roslan aziz productions said...

"....surrender means opening up ur wounds, pain, suffering n desires.
...surrender means u re ready to hear d truth."

Quantcast Quantcast

Haring by 'aLi

MUSICOLOGY