Sebenarnya apa yang dikatakan oleh Roslan adalah kebenaran. Umum ketahui bahawa orang agama seperti itu. Pantang bagi seorang agamawan untuk memohon maaf atas ketelanjurannya. Malah adalah mustahil baginya untuk mengatakan bahawa pikirannya songsang dan bercanggah dengan Islam!
Untuk bersikap adil, biarlah kita yang selalu ke masjid dan surau, serta yang mengikuti pengajian, akan senantiasa menyahut cabaran Roslan. Kita harus tanyakan sang penceramah itu akan sumber rujukannya, dan apakah rujukannya itu sah dari segi pemahaman dan nukilan.
Lantas setelah itu, kalau terbukti bahawa para agamawan kita ini mengerti akan sumber ucapan dan pengajaran mereka, kita telah berjaya mendapat ilmu yang benar. Tetapi andai mereka - Manusia-Malaikat - ini tidak mampu mengemukakan bukti keabsahan rujukan mereka, maka haruslah kita berlepas diri dari mereka."
No comments:
Post a Comment