Showing posts with label pemuda pas selangor. Show all posts
Showing posts with label pemuda pas selangor. Show all posts

Tuesday, June 24, 2008

Kalau dalam Akademi Fantasia boleh lah




Bila yang tak reti agama bercakap

Sungguh pedih dan tajam kata-katanya umpama mengkritik peserta Akademi Fantasia yang menyanyi dengan suara sengau dan serak.

Kalau dalam Akademi Fantasia boleh lah nak hentam tapi dalam bab agama sori la ye. Suara saudara tidak akan diterima bulat-bulat oleh mereka yang mendengar. Mungkin sudah biasa mengkritik budak-budak hingusan di atas pentas kini masih lagi terbawa-bawa ke alam realiti bercakap tanpa memikirkan akibatnya.

Adakah dikatakan ego jika kita ingin menjadikan masyarakat semua berkelakuan baik bukan seperti artis yang tahu melolong sahaja? Adakah suara manja Ella dan lenggokan pinggul Mas Idayu boleh membawa penonton mengingati mati?

Rasanya jika keimanan telah tersemat di dalam hati sesiapa sahaja akan menyokong tindakan Pemuda Pas Selangor membantah konsert tersebut. Melainkan saudara Roslan Aziz sudah tiada penghayatan Islam dalam dirinya ataupun memang sudah keluar Islam.

Dia juga mempersoalkan tentang kesahihan Hadis yang dibaca atau dibawa oleh seorang Ustaz Pas yang terlibat dengan amar makruf nahi mungkar yang mana Al-Quran dan Hadis sudah sebati dengan diri Ustaz untuk menjadi pedoman hidup tetapi dia sendiri lupa bahawa dia masih lagi bersekongkol dengan Syaitan dalam menjadikan manusia seluruhnya sesat.

Orang Pas menggunakan Islam dalam politik sebagaimana Nabi juga membuat begitu dengan tidak memisahkan agama dan siasah ( politik ) tetapi Umno menggunakan Islam untuk menjadi make up dan memperindahkan kata-kata tetapi isi Islam tidak dijadikan panduan.

Dalam Umno yang baik ada orang-orang senget. Orang-orang alim, lebai-lebai yang baik pula dalam parti senget

Mengaku pula dia dalam Pas memang terdapat orang alim dan lebai tetapi kenyataannya yang menyindir ini membuktikan lagi dia memang tidak suka dengan apa yang Pas bawa. Menyifatkan parti Pas sebagai senget samalah seperti kata-kata Abu Jahal Moden ini berkata kepada Nabi ketika mana diajak meninggalkan sembahan nenek moyang mereka.

Sunnatullah telah termaktub perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah bukanlah mudah dan dekat jaraknya. Semua ini merupakan tayangan peristiwa-peristiwa lampau yang berbeza pelakonnya pada zaman ini.

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada penolong-penolong agama Allah dalam mengharungi liku-liku perjuangan.

... Roslan Aziz menampakkan dirinya sebagai seorang Syiah, ...




Wednesday, June 18, 2008

Idiot 2X

When I am feeling a little bit angry, my English cannot present my anger and arguments. So I just would love to mumble in Malay...

Aku rasa kenyataan Roslan Aziz itu memang sudah cukup bodoh dan lumat dikerjakan oleh golongan agama seperti yang dinyatakan Roslan. Tetapi apa yang menarik, ada orang yang dua kali lebih bodoh daripada Roslan Aziz ini. Wah, kerana Roslan Aziz menampakkan dirinya sebagai seorang Syiah, terus dibela dengan berkesan oleh seorang sympathizer (?) Syiah.

Saudara Faisal menjustifikasikan sokongannya kepada Roslan Aziz dengan analogi seorang artis bernama Fairuz. Itulah, kalau tidak faham isu, jangan mengada-ngada ingin tunjuk hero untuk kelihatan "liberal". Roslan Aziz itu atau Mas Idayu mempunyai hati sama dengan Fairuz kah? Roslan Aziz juga menyayangi Ulama' di negara kita kah sehingga menghina orang agama dan membuat generalization kepada semua orang agama? Samakah antara Fairuz dan Roslan atau Mas Idayu? Ada ke tak Mas Idayu menyatakan mengagumi Ayatollah Khomeini atas Revolusi Iran?

Apakah faedah yang didapati saudara Faisal dari kenyataan ini? Membalun orang agama dan membela kaum penyanyi seperti Roslan Aziz? Rasanya makhluk seperti Roslan Aziz itu memang telah memahami Islam, tetapi atas dasar Islam itu amat ketat berhubung hal-hal berhibur, begitulah manusia aka Muslim yang bullshit bertindak!

Ya, seruan hikmah diperlukan ke atas penyanyi tetapi kenyataan sampah seperti apa yang diucapkan saudara Faisal bukanlah situasi menang-menang. Mungkin kini sudah cukup berhikmah? Kerana tiada kedengaran siapa pun di kalangan pemimpin PAS yang melaknat Roslan Aziz? Adakah golongan artis memahami keadaan dakwah bilhikmah pemimpin PAS ini?

Cuba saudara Faisal nyatakan apakah formula yang paling tepat untuk berhadapan dengan golongan artis? Mempromosikan Syiah dan berjayalah dunia dan akhirat? Bullshit! Pejuang Fasal 5 konon!

Argh Faisal Tehrani, kad persembahan markah anda masih sifar.

0 comments:

al kisah Roslan Aziz. Seniman Melayu Islam yang kehilangan identiti.

KONSERT 100 HARI SELANGOR: Apabila Bekas Pengetua Akademi Fantasia Komen Pemuda PAS Negeri!

Konsert Sempena Meraikan Hari Ke-100 Kerajaan Selangor yang mendapat mandat daripada rakyat Selangor, telah dijadualkan akan disertai oleh dua artis wanita Melayu (ratu rock terkemuka Ella dan ratu dangdut Mas Idayu), tetapi mendapat bantahan rasmi daripada Pemuda PAS Selangor.

Pemuda PAS Selangor yang melalui Ketua Pemuda PAS Negeri Sallehen Mokhyi, yang telah menyerahkan memorandum bantahan kepada Nik Nazmi, berharap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertindak segera agar tidak mencetuskan ketidakpuasan hati rakan kongsi (dalam Pakatan Rakyat) khususnya PAS.

Bagaimanapun tindakan Pemuda PAS Selangor itu telah membawa kepada kenyataan balas bekas Pengetua Akademi Fantasia, Roslan Aziz! Beliau telah menyifatkan tindakan tersebut adalah bersifat propaganda PAS yang menggunakan sensitiviti keagamaan bagi mendapatkan pangaruh di Selangor memandangkan PAS hanya mendapat sokongan paling kecil berbanding parti gabungan Pakatan Rakyat, PKR dan DAP.

Adalah tidak wajar sama sekali Roslan Aziz bersuara berkenaan sensitiviti perkara tersebut kerana ia menunjukkan kelemahan penguasaan beliau terhadap pengetahuan agama Islam! Memberi komen tidaklah menjadi suatu kesalahan tetapi jika ia boleh mengelirukan pandangan umum dek kekurangan pengetahuan asas, maka lahirlah tulisan ini yang akan memberi pandangan balas terhadap Roslan.

Siapa Roslan? Layakkah si bekas pengetua Akademi Fantasia yang telah melahirkan ramai artis-artis baru (termasuk Melayu gedik) dan telah merosakkan pemikiran (melalaikan daripada hakikat sebenar kehidupan manusia) beratus ribu penonton remaja Islam? Akademi Fantasia juga telah merosakkan dan mencemarkan kesucian ajaran Islam di mata penonton bukan Islam kerana ramai artis Melayu Islam yang berpakaian mendedahkan aurat telah ditayangkan seperti tiada apa yang berlaku! Apa kata penonton bukan Islam apabila melihat contoh remaja Islam yang melalaikan?

Tidakkah saudara Roslan sendiri melihat bagaimana Akademi Fantasia telah menyebabkan ramai pemuda-pemudi Islam lebih mengenali artis-artis baru berbanding tokoh-tokoh Islam berserta sejarah Islam yang agung? Malah remaja Islam kini telah dilalaikan daripada mengenal cendikiawan-cendikiawan Islam!

Hebat sangatkah artis-artis kita ni, sampaikan ada individu yang berani mempertahankan periuk nasi artis? Lupakah Roslan siapa yang memberi rezeki kepada manusia? Kelibat dan pakaian artis selalunya mudah diikuti oleh remaja yang kehilangan identiti sendiri kerana tiada pendedahan mengenai tamadun Islam yang tinggi.

Roslan Aziz sepatutnya mengkaji dahulu kenapa tindakan seumpama yang diambil oleh Pemuda PAS atau pandangan ramai pencinta Islam kenapa konsert yang melibatkan artis mendedahkan aurat diharamkan! Ternyata Roslan telah membuat kesimpulan melulu yang dilihat mengambil kesempatan politik tersendiri! Mungkinkah Roslan terperangkap dan digunakan oleh pihak tertentu hingga mengeluarkan kenyataan tersebut yang menunjukkan beliau lemah pemikiran mantiknya?

Itulah al kisah Roslan Aziz. Seniman Melayu Islam yang kehilangan identiti. Penganalisis ingin memberi contoh artis yang boleh mendatangkan manfaat. Roslan Aziz sepatutnya melahirkan artis baru yang boleh menandingi penyanyi nasyid Indonesia tertentu, bukannya membidas Pemuda PAS Selangor tanpa usul periksa.

Wallahu `alam bissowab…

June 19, 2008 Posted by NO ISA!

Dari AHLI PAS SEUMUR HIDUP yg BERADAB, BERILMU,GAGAH BERANI, DIBESARKAN DGN SEMPURNA ,BIJAK BERKATA2 LAGI PANDAI MANJAGA ANAK2NYA



Khabonyer: “Roslan Aziz ulama sekular”

Diposting oleh Zulfikar Samsuri | 05:30 | , , | 0 komentar »





Dalam konteks Roslan Aziz menyalahkan negeri Kelantan mengharamkan konsert ttp masalah melahirkan anak luar nikah adalah lebih kepada melepaskan geram, sedangkan dalam konteks Islam solat itu mencegah daraipada kemungkaran.

Yahudi telah berjaya menjajah pemikiran budaya dan cara percakapan rakyat malaysia tidak kira Melayu, Cina dan India. Nah, cuba kita lihat dari dulu hingga sekarang, sesudah 50 tahun kita merdeka, setiap pemimpin UMNO tidak pernah pun melaungkan HIDUP ISLAM.

Sedih Sedih aper yg terjadi sekarang ialah yg mencerca ustaz, org yg memperjuangkan agama dicerca oleh org melayu yg kononnya Islam. Kata-kata Roslan Aziz melambangkan dia dilahirkan sebagai seorabg secular

Seorang Melayu yg bangsat.

Ungkapan kata-kata yg lahir yg terbit dari bibir adalah hujah lebih kepada duniawi. Kenapa cuba kaitkan perlaksanaan Islam sebagai satu yg menyusahkan.adakah dengan adanya konsert akan melahirkan rohani yg bersih. Pernah tak kita fiki, .konsert mula pukul 8.30 malam tapi sebelum maghrib org dah penuh (kat venue).

Adakah itu pembentukan rohani yg sihat. Banayak perkara boleh menyebabkan murtad tanpa kita sedari.murtad dari segi percakapan atau perbuatan. Disebabkan itu Allah telah meberikan kita peluang melalui solat 5 waktu agar perkara yg kita lakukan diampuni oleh Allah.dan solat lima waktu juga sebanyak 9 kali kita mengucap dua kalimah shadat.

Adakah Roslan Aziz ni betul betul seorang yg berjaya. Bagi aku dia pernah gagal dalam perkahwinan dia. Cara dia aku lihat semasa dia jadi pengetua dalam AF nyata menampakkan sikap egois yg melampau.

Ungkapan kata-kata yg angkuh melambangkan dia sebenarnya seorang yg lemah. Adakah seorang yg berjaya mengatakan dia seorang yg berjaya. Adakah org yg berjaya menyalahkan org lain bila ditimpa musibah.

Di situ kita dapat lihat sejauh mana keimanan seorang Islam. Dalam konteks Roslan Aziz menyalahkan negeri Kelantan mengharamkan konsert ttp masalah melahirkan anak luar nikah adalah lebih kepada melepaskan geram, sedangkan dalam konteks Islam solat itu mencegah daraipada kemungkaran.serupa juga dalam hal ini adakah yg melahirkan anak luar nikah itu mendapat pendidikan sempurna agama Islam daripada kedua ibu bapa mereka ataupun ibu bapa mereka pemikiran seperti Roslan Aziz.

Dalam konteks pentadbiran menegakkan Islam dalam kerajaan adalah wajib serta melarang dan membenteras kemungkaran adalah wajib. Gejala anak luar nikah pada masa kini di negeri Kelantan telah bayak sangat berkurangan berbanding dengan tempat tinggal Roslan Aziz.

Kenapa mesti marah mufti bila mengharamkan seseorang artis yg kurang berdisplin masuk ke negeri mereka?

Kenapa mesti samakan mufti dengan ahli parlimen.

Kebanyakan ahli parlimen perlis org UMNO. Yg mane perwatakan, attitude, budaya dan pemikiran mereka sama seperti Roslan Aziz. Itu sebab pada satu ketika dahulu anak Roslan Aziz pernah kena cekup dalam satu operasi pejabat agama KL kerana terjebak dengan parti liar.

Itulah didikan sempurna daripada Roslan Aziz, ulama sekular yg berjaya pada abad ini. Beberapa foto anak perempuan Roslan Aziz dengan aksi berani luar batasan melambangkan Roslan Aziz tidak pernah belajar daripada kesilapan lalu.

Masalah Roslan Aziz tidak mengundi melambangkan dia seorang yg tidak petriotik. Tidak ambil tahu langsung pasal politik negara. Mengata pemimpin yg ada tidak boleh harap.

Yg mana dalam dunia ni yg boleh pakai, dia sorang je. Udahlah Roslan Aziz kamu tak layak berbica isu agama.dalam pimikiran kamu adalah idealogi sekular. Kamu jagalah anak kamu jgn sampai apa yg kamu bicara mengenai anak luar nikah terjadi kepada anak perempuan kamu.

Elok lah selalu ke masjid mendengar ceramah ugama supaya apa tobat kamu betul-betul nashuhah!

0 komentar

Monday, June 23, 2008

"Qulil haq Walau Kaana Murron"

Anonymous abahHakeem said...

Sultan sebagai Ketua Agama sepatutnya lebih peka kepada hukum-hakam agama. "Qulil haq Walau Kaana Murron" - Berkata benar walau ianya pahit.

Dalam hal ini, saya melihat Sultan Selangor keliru antara keutamaan yang lebih patut diutamakan. Sensitif terhadap kaum dan agama lain itu adalah UTAMA tapi menegekkan hukum Islam itu adalah LEBIH UTAMA. Tiada niat di hati utk menentang Sultan tapi sebagai rakyat kami berhak menegur Sultan kiranya kami melihat Sultan melakukan perkara yg bertentangan dengan kehendak ALLAH SWT dan RASUL SAW.

Apakah kita perlu mengorbankan hukum Islam sebagai tanda kita sensitif dengan bangsa dan agama lain? Tuanku Sultan bercakap ttg sensitiviti terhadap bangsa dan agama lain tapi DI MANAKAH SENSITIVITI TUANKU TERHADAP PENGANUT AGAMA ISLAM?

Kalau Tuanku punyai nas dari Al-Quran atau Hadith yang membenarkan konsert sila tunjukkan kepada rakyat. Sekiranya ada nas, kami pemuda Islam akan menyokong Tuanku Sultan 250%.

Wallahu a'lam.

Jun 23, 2008 7:34:00 AM

Thanks brother Roslan Aziz...


Re: Roslan Aziz mohon maaf
by Ujang71 on Friday, June 20 @ 03:18:56 MYT
(User Info | Send a Message)
Thanks brother Roslan Aziz...brother masih seorang gentleman dan mampu berterus-terang bila saudara sedar akan kesilapan yg telah saudara lakukan, aku cukup hormat dgn sikap rasa bertanggungjawab saudara tu, sekurang-kurangnya hati yg telah terluka disebabkan lidah saudara sebelum ini telah sedikit terubat.

Sedang Saidina Umar yg begitu keras hatinya sebelum menganut Islam boleh lembut & taat dgn perintah Allah setelah mendapat hidayah drpNya...inikan pula saudara yg memang lahir2 dah Islam. Moga saudara mendapat rahmat drpNya.


keikhlasan tapi jauh...



KALAU ADA KEIKHLASAN TAPI JAUH...TAK GUNA JUGA..DEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH DAN TINGGALKAN SEGALA DUNIA HIBURAN YANG PENUH MAKSIAT DAN MENJIJIKKAN TU...HANYA BEKALAN AKHIRAT YANG AKAN KEKAL SELAMANYA..........DUNIA IBARAT TEMPAT PERSINGGAHAN,,,,,,,,,, SEDANGKAN RASULULLAH AMPUNKAN UMATNYA, INIKAN PULA MANUSIA BIASA YANG TERLALU KERDIL DI SISI NYA....


Re: Roslan Aziz mohon maaf by tzudd on Friday, June 20 @ 12:15:51 MYT

kalau tak tahu, belajar....


Anonymous Anonymous said...

salam

Saudara Roslan...
saya respect pd saudara sbb segera minta maaf kpd semua atas komen hari tu....namun saya hrp bebenar le kiranya ia dpt dijadikan teladan kepada group2 industri saudara...industri ini byk buruk drpd yg baik...byk yang haram drpd yg halal...
kebanyakan artis sendiri(terutama yg muda, veteren pun ada) ramai yang jahil tentang agama...tak apa boleh belajar...tp yg menyedihkan semua...dah la buat benda haram lepas tu dgn selambenye dan bangganya cakap "sbg org islam, saya tahu batas2 saya"....

Saya sbg sorg penyokong PAS, menyokong tindakan PAS tersebut. Walau apapun saya harap ia dpt mngurangkan aktiviti maksiat semasa dan selepas konsert tu...sepatutnye semua konsert (cth sure heboh ke) perlu dibuat garis panduan yg baru yang meliputi adab dan moral yg baik dan tidak dibuat waktu malam!!! sbb malam bahaya sikit mcm2 boleh jd...

nasihat saya kpd semua dan saya juga...

kalau tak tahu, belajar....

insyaallah...
ok tu je...

khalil

Jun 20, 2008 12:18:00 PM

Sunday, June 22, 2008

menyahut cabaran Roslan.


"Saya tidak menyokong Roslan yang tidak puas hati kerana Ella dan Mas Idayu dilarang menyanyi di konsert 100 hari kemenangan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Tetapi saya suka kepada kenyatannya di atas yang berjaya mensifati golongan agamawan dengan satu hakikat yang telus dan jujur. Berani.

Sebenarnya apa yang dikatakan oleh Roslan adalah kebenaran. Umum ketahui bahawa orang agama seperti itu. Pantang bagi seorang agamawan untuk memohon maaf atas ketelanjurannya. Malah adalah mustahil baginya untuk mengatakan bahawa pikirannya songsang dan bercanggah dengan Islam!

Untuk bersikap adil, biarlah kita yang selalu ke masjid dan surau, serta yang mengikuti pengajian, akan senantiasa menyahut cabaran Roslan. Kita harus tanyakan sang penceramah itu akan sumber rujukannya, dan apakah rujukannya itu sah dari segi pemahaman dan nukilan.

Lantas setelah itu, kalau terbukti bahawa para agamawan kita ini mengerti akan sumber ucapan dan pengajaran mereka, kita telah berjaya mendapat ilmu yang benar. Tetapi andai mereka - Manusia-Malaikat - ini tidak mampu mengemukakan bukti keabsahan rujukan mereka, maka haruslah kita berlepas diri dari mereka."

Kalian harus buktikan kepada Roslan dkk...


Nasihat saya kepada para agamawan kita:

”Allah telah utuskan Roslan untuk membangkitkan kembali Kesarjanaan Ilmiah kalian dalam menghayati agama. Kalian harus buktikan kepada Roslan dkk [dan kawan-kawan] nya bahawa kalian mengetahui setiap rujukan yang kalian bicarakan, kalian mengetahui darjat setiap hadith yang kalian ujarkan. Dengan itu, Roslan dkk akan tertunduk malu kerana ucapannya berlawanan dengan kenyataan”.

takut kerana ALLAH S.W.T.


Blogger roslan aziz productions said...

Terima Kasih saudara2/saudari2...
Syukur Alhamdulillah...

Dengan Nama ALLAH MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG...
Saya mohon maaf Bukan kerana "takut kehilangan peminat"...(kerana peminat akan datang, pergi dan hilang) atau sebelum "manusia-malaikat" muncul di depan katil saya mlm ini dan berfatwa “Kau Sesat dan menyesatkan”...tetapi...

Kerana ALLAH S.W.T. dan cinta saya kepada Nabi Muhammad S.A.W. ... keluarga suci baginda A.S. serta Umah baginda S.A.W.

Berani kerana BENAR dan Takut kerana ALLAH S.W.T....dan sesungguhnya ALLAH itu BENAR...Saya juga beriman bahawa rezeki itu datang dari ALLAH S.W.T.

Alhamdullillah kebanyakan nya menerima kemaafan saya...jikalau selepas ini tiada siapa pun yang ingin mendengar kerja2 saya ...saya tidak kecewa...tetapi kalau saudara2 saya tidak menerima saya sebagai seorang saudara seislam..itu yang saya kecewa dan kesal...

ALLAH MAHA MENGETAHUI dan MAHA ADIL...saya mempunyai niat yang baik dan niat ini tidak pernah pudar dari mula saya menceburi bidang muzik... Saya berharap niat yang baik ini dapat diterima saudara2 saya semua dan yang lebih penting diberkati ALLAH S.W.T....

Moga2 perkenalan kita diberkati dan diredhaiNYA...INSYALLAH..

WASSALAM

UNITY in DIVERSITY
IKHLAS

saudara mu...
roslan aziz



Roslan Aziz & Ego Seorang Agamawan



Mata itu karunia Tuhan.

Roslan Aziz & Ego Seorang Agamawan

June 20, 2008 by tinjau

Mungkin telah Tuhan berikan wewenang kepada orang yang bersorban dan berjubah sahaja untuk berbicara tentang agama-Nya. Selain dari mereka itu adalah haram dan terlarang. Barang siapa yang berbicara tentang agama tanpa pernah ke Azhar atau ke pondok dan pasantren maka dia dianggap dhalal - sesat.

Logisnya ada, iaitu orang yang bersorban dan jubah ini kan yang belajar agama. Lalu sudah satu kepastian bahawa orang yang belajar agama lah yang mengerti akan hal agama. Ketimbang seorang yang belajar kejuruteraan, sudah pasti dia hanya mengerti akan ruang lingkup kejuruteraan semata dan amatlah cetek ilmunya dalam hal agama. Begitu juga seorang yang belajar agama tiada pengetahuan dalam hal kejuruteraan.

Justeru, biarkan orang yang bersorban dan berjubah itu berbicara semua hal-hal agama, dan ingatan keras kepada orang yang belajar ilmu lain untuk mencampuri ehwal religus. Dan kepada yang tak belajar apa-apa itu, lebih baik diam dan mengekor; kalau disuruh angguh maka angguklah. Kalau disuruh geleng maka gelenglah.

Tetapi dunia hakikat itu bukan seperti itu; ada manusia yang belajar agama tetapi dia tak mengerti apa yang dia pelajari. Dan ada yang belajar kejuruteraan tetapi dia memahami apa yang disampaikan oleh seorang ustaz. Malah ada banyak orang yang belajar ilmu sains dan dalam masa yang sama dia belajar ilmu agama.

Makanya kita harus kembali kepada akar, basis dalam pemahaman iaitu setiap bangsa akan memerlukan agama untuk diisi dalam degupan jantungnya. Lalu seorang Melayu sudap pasti akan punya basis sedikit tentang agamanya. Yang beda antara yang ke London mengaji sains dan yang ke Tanta mengaji Fiqh wa usulihi adalah yang ke Tanta itu lebih banyak mengerti agama.

Oleh kerana pemahaman itulah kita melihat para ustaz kita ini dibawah bayangan malaikat, atau pun persis seperti nabi - ma’sum dan terjaga dari kesalahan tafsiran agama. Padahal seorang nabi terkadang melakukan silap seperti kasus nabi membelakangkan seorang buta dan memberi penghormatan kepada pembesar kaumnya yang masih musyrik. Kerana pada pikiran sang nabi, andai pembesar ini memelok Islam nescaya kaumnya akan menuruti. Tetapi pikiran nabi nyata mendapat teguran dari Tuhan lalu turun ayat daro kolong langit menegur pikiran nabi. Akhirnya nabi memperbetulkan tindakannya. Ini makna ma’sum seorang nabi, iaitu dia terjaga dari segala kesilapan dan kesalahan, andai berlaku maka Tuhan terus memperbetukan dia.

Sebaliknya seorang agamawan itu maqamnya lebih tinggi dari rasul dalam hal berbuat sialp dalam tafsiran agama. Seolah-olah mereka adalah malaikat bersayap yang menjalankan arahan Tuhan. Sedikitpun mereka tak tergelincir kerna mereka telah diprogramkan oleh Tuhan. Maka apa saja yang mereka katakan itu berupa titah sang Gusti Agung Purbawisesa. Manusia sekeliannya harus tunduk patuh tanpa banyak bicara dan tanpa engkar.

Lalu seorang manusia yang entah apakah pengajiannya di Tanta atau paling kurang punya 4 thanawi dari pasantren atau dia tak belajar agama, itu tak dapat dipastikan. Tetapi yang pasti dia adalah manusia yang bergelumang dengan muzik, telah mencabar kewibawaan Manusia-Malaikat ini. Roslan Aziz adalah seorang komposer lagu, yang sudah pasti Islam tidak menyetujui pekerjaannya. Dia tak terkenal sebagai seorang ustaz seperti Ustaz Akil Khair atau seperti Rabbani yang ber-Gospel Islami. Dia tak terkenal dengan islamis, malah pernah masuk mahkamah atas tuntutan cerai dari bekas isterinya yang juga seorang penyanyi.

Tetapi Roslan telah berani memperkatakan sesuatu yang benar: “Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci,”

Ekoran itu Manusia-Malaikat ini pun tersentak lalu berang. Seperti anjing yang menyalak, bukit tak kan runtuh. Maka sudap pasti Roslan akan dicemuh dan dibenci kerna kenyataannya itu. Hari ini Roslan telah mohon maaf secara rasmi di blog beliau. Mungkin kerana memikirkan bahawa Manusia-Malaikat itu punya sayap dan bisa sampai kerumahnya dalam sekejip mata. Maka dia harus cepat-cepat mohon maaf, selagi masih ada masa sebelum mereka muncul di depan katilnya mlm ini dan berfatwa “Kau Sesat dan menyesatkan”.

Saya tidak menyokong Roslan yang tidak puas hati kerana Ella dan Mas Idayu dilarang menyanyi di konsert 100 hari kemenangan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Tetapi saya suka kepada kenyatannya di atas yang berjaya mensifati golongan agamawan dengan satu hakikat yang telus dan jujur. Berani.

Sebenarnya apa yang dikatakan oleh Roslan adalah kebenaran. Umum ketahui bahawa orang agama seperti itu. Pantang bagi seorang agamawan untuk memohon maaf atas ketelanjurannya. Malah adalah mustahil baginya untuk mengatakan bahawa pikirannya songsang dan bercanggah dengan Islam!

Untuk bersikap adil, biarlah kita yang selalu ke masjid dan surau, serta yang mengikuti pengajian, akan senantiasa menyahut cabaran Roslan. Kita harus tanyakan sang penceramah itu akan sumber rujukannya, dan apakah rujukannya itu sah dari segi pemahaman dan nukilan.

Lantas setelah itu, kalau terbukti bahawa para agamawan kita ini mengerti akan sumber ucapan dan pengajaran mereka, kita telah berjaya mendapat ilmu yang benar. Tetapi andai mereka - Manusia-Malaikat - ini tidak mampu mengemukakan bukti keabsahan rujukan mereka, maka haruslah kita berlepas diri dari mereka.

Nasihat saya kepada para agamawan kita:

”Allah telah utuskan Roslan untuk membangkitkan kembali Kesarjanaan Ilmiah kalian dalam menghayati agama. Kalian harus buktikan kepada Roslan dkk [dan kawan-kawan] nya bahawa kalian mengetahui setiap rujukan yang kalian bicarakan, kalian mengetahui darjat setiap hadith yang kalian ujarkan. Dengan itu, Roslan dkk akan tertunduk malu kerana ucapannya berlawanan dengan kenyataan”.

Sains Dan Agama

June 12, 2008 by tinjau

“Sains itu adalah penemuan. Bukan penciptaan. Sains bukan agama tetapi agamalah yang memberi pengetahuan kepada sains.” - Bangchik

Ikhlas...


"Mengapa kalian menyuruh orang lain berbakti (kepadaALLAH dan RasulNYA), sedangkan kalian melupakan (kewajipan)kalian sendiri , padahal kalian membaca Kitab (yang diturunkan ALLAH S.W.T.). Tidakkah kalian terfikir ? "


( Al-Baqarah:44 )



Saya beriman bahawa rezeki itu dari ALLAH S.W.T. sahaja...

Blogger Mohd Shukri b. Mohamad Jani & Rafidah bt. Hamdan said...
Assalamualaikum saudara Roslan.Saya adalah salah seorang peminat muzik tanah air terutama zaman 80-90an dan dalam masa yang sama juga merupakan penyokong kuat pertubuhan Islam di Malaysia.Bagi saya alasan yang diutarakan oleh pemuda Pas Selangor adalah konkrit apabila kita melihatkan senario artis tanahair sekarang ini yang mana lebih menonjolkan penampilan diri berbanding kualiti vokal dan juga persembahan.Bagi saya, saudara Roslan sekarang ini merupakan seorang tokoh yang tidak kurang pengaruh dalam industri muzik tanahair. Cadangan saya sebagai permulaan, saudara boleh memohon diadakan konsert pada waktu tersebut, tetapi pemilihan artis-artis perlulah diteliti dahulu. bagi artis-artis yang bersih dahulu...

dalam masa yang sama galakkan artis yang lain melakukan perubahan dalam imej, penampilan dan perawakan.
Insyaallah ramai pihak akan terima. Lagi satu yang utama, bagi kita yang jahil agama ni, saya cadangkan saudara banyakkan mendapat nasihat daripada pemimpin-pemimpin agama dan cendikiawan bagaimana untuk mengarahkan industri muzik malaysia kejalan yang lebih bersih.
wassalam

Jun 20, 2008 6:38:00 PM

Delete
Blogger Fahmi Azizi said...

Bersyukurlah kerana masih ramai lagi yang sayang kat kau roslan aziz...

Jun 20, 2008 7:19:00 PM

Delete
Blogger hani nasution said...

Islam itu indah....semua orang Islam itu bersaudara...so bila kita dah bersaudara,tegur-menegur,ingat mengingati,maaf-memaafi itu dah menjadi satu tuntutan untuk semua hamba Allah...sepatutnya kita sebagai orang Islam sgt bertuah kerana sentiasa disayangi Allah..cuma kadang2 Allah menunjuk kasih sayangnya dengan cara yg berbeza...kita patut bersyukur (peringatan utk diri saya juga)..wallahualam..

Jun 20, 2008 7:26:00 PM

Delete

si tukang badut-badut agama

si tukang badut-badut agama: "si tukang badut-badut agama

al Kitab itu memang ada. ar rasul itu nyata pernah hidup. lantas kenapa kita masih keliru? yang berjubah itu siapa? yang semutarnya tinggi itu apa gelarannya? yang berkhutbah di atas mimbar itu apa kerjanya? MEREKA: BADUT - BADUT AGAMA!
Wednesday, June 18, 2008
Sanoisme Dalam Pengamalan Sunni
Kalulah seorang Syi'i itu mengimani hipokrasi sebagai agamanya, dan mereka itu akan berbangga andai bisa membohongi seorang Sunni. Maka rupanya seorang Sunni - pada tafsiran masyarakat sekarang ini terutamanya Zamihan Al Ghari dan Abu Syafiq Ahbashi serta mahaguru mereka Ustaz Uthman El Muhammadi pendiri ajaran Tal 7 yang dahulunya diwartakan sesat - juga mengimani secara bawah sadar satu bentuk 'amalan'.

Ia bukanlah hipokrasi, yang suka berpura-pura (melainkan abu syafiq yang berbohong di hadapan saya tahun lepas secara terang-terang) tetapi sedikit ciri itu tercakup dalam amal mereka.

Saya tidak dapat pastikan apakah mereka mencedok taqiyah ini atau memang mereka tanpa sengaja mengambil sedikit unsur taqiyah? Apapun, natijahnya bahawa kaum Sunni [mengikut tafsiran mereka ber-3] sudah mengamalkan Sanoisme dalam menghadapi agama dan sebagai worldview mereka melihat perbezaan pandangan.

Lantas ada orang bertanyakan kepada saya; 'Sanoisme itu apa?'.

Sano itu adalah bodoh, atau bisa dipanggil jahil murakab - kejahilan yang bertompok-tompok seperti tahi lembu. Sudahla"

blogs.iiu.edu.my/shah_reza02


Blogger roslan aziz productions said...

Blogger Thepeoplechoice said...

salam bang roslan...

saya juga kagum dgn hasil kerja abg roslan... tp sy rasa regret bila abg roslan keluarkan kenyataan yg agak sempit skopnya... jadik sy pun ada kritik kenyataan abg roslan tu d blog sy blogs.iiu.edu.my/shah_reza02 ... huhu.. sorryla.

Jun 20, 2008 9:47:00 AM


Assalamualaikum Saudara ku...
Tak mengapa...tak perlu minta maaf..kita semua ada hak utk ingat mengingati diantara satu dgn lain...Saya faham perasaan saudara...Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa menasihati saya...kalau saudara tak mendengar musik saya pun saya tak kecewa tetapi terimalah saya sebagai saudara seIslam yang mohon kemaafan ...Moga2 perkenalan kita diberkatiNYA...INSYALLAH...

IKHLAS

roslan aziz

Jun 20, 2008 1:03:00 PM

Saturday, June 21, 2008

Pemuda PAS kawasan Subang



Anonymous said...

Salam...
Saya respek habis pada En. Roslan.
Mudahan kesilapan ini, menyebabkan kita sentiasa berfikir yang Allah menyayangi kita, begitu juga dengan kami, sahabat anda di alam maya ini,juga mengasihi saudara.
Sama-sama kita mendekatkan hati-hati kita supaya menjadi lebih akrab dan menjadikan Islam itu sebagai Satu Agama yang HEBAT, sesuai dgn apa jua pekerjaan kita.
Utk Saudara Roslan, saya mendoakan saudara terus sukses dan keluarga saudara diberkati dan dilindungi ALLAH.
Pemuda PAS Kawasan Subang

2:24 AM

------------------------------------------------------------------------------------------------
Saudara2 Anonymous dari Pemuda PAS Kawasan Subang...
Syukur Alhamd...saya meminta maaf atas kesedaran dan sesungguhnya kerana ALLAH S.W.T..dan kerana kasih sayang saya kepada semua umat Muhammad S.A.W....saya selalu percaya bahawa sesuatu yang terjadi itu pasti ada Hikmah NYA asalkan kita bersabar dan ikhlas dgn nama ALLAH S.W.T...Maaf kalau saya tersalah...tetapi itu yang diajar oleh ibubapa saya...mudah mudahan ALLAh memberi kita petunjuk dan hidayahNYA saudara2 ku....terima Kasih...marilah kita gunakan persaudaraan kita ini utk mengenali diri kita dan ISLAM...INSYALLAH..

IKHLAS

roslan aziz

Jun 20, 2008 2:33:00 AM

Quantcast Quantcast

Haring by 'aLi

MUSICOLOGY