Roslan Aziz Productions™88-08
Label : R.A.P.ToshibaEMI EMI Malaysia
Click on people's faces in the photo to tag them. |


Dalam konteks Roslan Aziz menyalahkan negeri Kelantan mengharamkan konsert ttp masalah melahirkan anak luar nikah adalah lebih kepada melepaskan geram, sedangkan dalam konteks Islam solat itu mencegah daraipada kemungkaran.
Yahudi telah berjaya menjajah pemikiran budaya dan cara percakapan rakyat malaysia tidak kira Melayu, Cina dan India. Nah, cuba kita lihat dari dulu hingga sekarang, sesudah 50 tahun kita merdeka, setiap pemimpin UMNO tidak pernah pun melaungkan HIDUP ISLAM.
Sedih Sedih aper yg terjadi sekarang ialah yg mencerca ustaz, org yg memperjuangkan agama dicerca oleh org melayu yg kononnya Islam. Kata-kata Roslan Aziz melambangkan dia dilahirkan sebagai seorabg secular
Seorang Melayu yg bangsat.
Ungkapan kata-kata yg lahir yg terbit dari bibir adalah hujah lebih kepada duniawi. Kenapa cuba kaitkan perlaksanaan Islam sebagai satu yg menyusahkan.adakah dengan adanya konsert akan melahirkan rohani yg bersih. Pernah tak kita fiki, .konsert mula pukul 8.30 malam tapi sebelum maghrib org dah penuh (kat venue).
Adakah itu pembentukan rohani yg sihat. Banayak perkara boleh menyebabkan murtad tanpa kita sedari.murtad dari segi percakapan atau perbuatan. Disebabkan itu Allah telah meberikan kita peluang melalui solat 5 waktu agar perkara yg kita lakukan diampuni oleh Allah.dan solat lima waktu juga sebanyak 9 kali kita mengucap dua kalimah shadat.
Adakah Roslan Aziz ni betul betul seorang yg berjaya. Bagi aku dia pernah gagal dalam perkahwinan dia. Cara dia aku lihat semasa dia jadi pengetua dalam AF nyata menampakkan sikap egois yg melampau.
Ungkapan kata-kata yg angkuh melambangkan dia sebenarnya seorang yg lemah. Adakah seorang yg berjaya mengatakan dia seorang yg berjaya. Adakah org yg berjaya menyalahkan org lain bila ditimpa musibah.
Di situ kita dapat lihat sejauh mana keimanan seorang Islam. Dalam konteks Roslan Aziz menyalahkan negeri Kelantan mengharamkan konsert ttp masalah melahirkan anak luar nikah adalah lebih kepada melepaskan geram, sedangkan dalam konteks Islam solat itu mencegah daraipada kemungkaran.serupa juga dalam hal ini adakah yg melahirkan anak luar nikah itu mendapat pendidikan sempurna agama Islam daripada kedua ibu bapa mereka ataupun ibu bapa mereka pemikiran seperti Roslan Aziz.
Dalam konteks pentadbiran menegakkan Islam dalam kerajaan adalah wajib serta melarang dan membenteras kemungkaran adalah wajib. Gejala anak luar nikah pada masa kini di negeri Kelantan telah bayak sangat berkurangan berbanding dengan tempat tinggal Roslan Aziz.
Kenapa mesti marah mufti bila mengharamkan seseorang artis yg kurang berdisplin masuk ke negeri mereka?
Kenapa mesti samakan mufti dengan ahli parlimen.
Kebanyakan ahli parlimen perlis org UMNO. Yg mane perwatakan, attitude, budaya dan pemikiran mereka sama seperti Roslan Aziz. Itu sebab pada satu ketika dahulu anak Roslan Aziz pernah kena cekup dalam satu operasi pejabat agama KL kerana terjebak dengan parti liar.
Itulah didikan sempurna daripada Roslan Aziz, ulama sekular yg berjaya pada abad ini. Beberapa foto anak perempuan Roslan Aziz dengan aksi berani luar batasan melambangkan Roslan Aziz tidak pernah belajar daripada kesilapan lalu.
Masalah Roslan Aziz tidak mengundi melambangkan dia seorang yg tidak petriotik. Tidak ambil tahu langsung pasal politik negara. Mengata pemimpin yg ada tidak boleh harap.
Yg mana dalam dunia ni yg boleh pakai, dia sorang je. Udahlah Roslan Aziz kamu tak layak berbica isu agama.dalam pimikiran kamu adalah idealogi sekular. Kamu jagalah anak kamu jgn sampai apa yg kamu bicara mengenai anak luar nikah terjadi kepada anak perempuan kamu.
Elok lah selalu ke masjid mendengar ceramah ugama supaya apa tobat kamu betul-betul nashuhah!

| |
| ROSLAN AZIZ (kanan) memerhatikan pemuziknya sewaktu sesi latihan di Istana Budaya baru-baru ini. |
Kemunculannya di dalam bidang seni hampir 30 tahun dahulu pada awalnya dipandang sinis dan mereka yang berada di sekelilingnya juga kurang berkeyakinan terhadapnya.
Namun, segala pandangan itu berubah apabila beliau memberikan dimensi baru terhadap lagu-lagu tempatan dengan sisi muzik baru yang dibawakannya.
Lihatlah sahaja, bagaimana beliau menjadikan penghibur tersohor negara, Sheila Majid sebagai satu nama besar bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara serantau dan juga di negara matahari terbit, Jepun.
Semuanya hadir menerusi album Legenda, sebuah naskhah yang memahat nama Roslan Aziz sebagai seorang pengkarya yang disegani.
Apa yang turut membanggakan, Roslan berjaya membuka mata dan telinga masyarakat tempatan khususnya generasi baru ketika itu terhadap lagu-lagu ciptaan Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Namun, cabaran untuk menghasilkan Legenda bukanlah mudah tetapi ia telah memberikan impak yang cukup besar kepada dunia muzik tempatan.
Lalu, apabila nama Roslan diumumkan sebagai pengarah muzik untuk pementasan musim kedua, P. Ramlee The Musical (PRM) yang mula membuka tirainya Rabu lalu (28 Jun) di Istana Budaya (IB), ramai yang mengharapkan agar Roslan akan kembali memberikan sentuhan emasnya terhadap lagu-lagu yang akan ditampilkan dalam teater muzikal mega itu.
Sementelah juga, anak jati Kuala Lumpur ini sememangnya merupakan pemuja lagu-lagu P. Ramlee yang disifatkannya sebagai satu karya yang cukup unik dan belum mampu dikekang oleh sesiapa pun.
Pada satu pertemuan dengan bekas juri rancangan realiti, Malaysian Idol itu, Roslan menegaskan, cabaran untuk menghasilkan muzik untuk pementasan PRM bukanlah semudah seperti yang disangka.
Malah, menghasilkan muzik sewaktu pementasan Puteri Gunung Ledang the Musical pada tahun 2006 juga tidak serumit PRM. "Cabaran utama saya adalah untuk mencari pemuzik yang bagus serta berpengalaman dalam tempoh satu bulan setengah sebaik sahaja Datin Seri Tiara Jacquelina mahukan saya mengendalikan muzik untuk PRM.
"Kalau mereka yang tahu bagaimana saya bekerja, kualiti adalah tunjang utama dalam setiap kerja yang saya lakukan. Disebabkan itu, untuk mencari pemuzik dalam menghidupkan lagu-lagu yang ditampilkan dalam PRM bukannya mudah.
"Ada kalanya, pemuzik yang saya mahukan itu sibuk dan saya perlu mencari pemuzik lain. Untuk itu, untuk PRM ini saya berjaya dapatkan mereka yang sememangnya berbakat besar dan muda serta yang mahu belajar selain mencari pengalaman baru bagi memantapkan lagi profil seni mereka," jelasnya panjang lebar.
Menariknya kali ini juga, Roslan berjaya mendapatkan salah seorang pemain gitar terbaik dunia yang juga sahabat baiknya, Randy Bernsen sebagai salah seorang pemuzik dalam pementasan PRM.
"Saya sememangnya bersyukur kerana Randy bersedia mahu bersama-sama terlibat dalam pementasan ini. Bukan kerana dia kawan baik saya tetapi bakatnya yang saya percaya mampu menyumbang sesuatu dalam produksi ini," katanya penuh teruja.
Roslan menjelaskan, untuk PRM musim terbaru ini, dia menampilkan 40 buah lagu bagi skor muziknya manakala penonton akan dapat menikmati 10 buah lagu P. Ramlee dan 13 buah lagi merupakan ciptaan baru oleh komposer dari Singapura, Dick Lee.
"Hampir 70 peratus perubahan yang kami lakukan kerana perlu disesuaikan dengan jalan ceritanya. Jadi, daripada situ, saya melihat bagaimana untuk menghasilkan muzik bagi setiap adegan dan setakat ini, saya gembira dengan hasil yang telah dilakukan. Berbaloi jugalah walaupun tidak tidur semalaman," katanya berseloroh.
Malah ujarnya, dia berpuas hati dengan hasil kerja rakan baiknya, Erwin Gutawa pada musim pertama dahulu yang mempamerkan muzik orkestra dengan seramai 33 orang pemuzik.
Untuk itu, kali ini, dengan bilangan pemuzik yang kecil iaitu seramai 11 orang sahaja juga menjadi cabaran untuknya juga dalam menjadikan muziknya sehebat seperti musim pertama.
Tambahnya lagi, apa membuatkannya bangga dan terharu adalah apabila masih lagi ada pihak yang mempercayai dengan bakat dan sentuhan magisnya itu lebih-lebih lagi pihak Enfiniti Productions Sdn. Bhd. (EPSB) yang membuka jalan baginya dalam mempamerkan hasil sentuhan muziknya dalam pementasan teater muzikal terbitan syarikat itu.
"Saya gembira apabila ada pihak seperti EPSB yang begitu berani dalam memberikan santapan baru buat industri hiburan tempatan. Rasanya, kalau tiada orang seperti mereka, industri hiburan kita akan masih berada di takuk lama.
"Kekaguman saya terletak kepada semangat dan kekuatan orang besinya, Tiara Jacquelina yang begitu bersungguh-sungguh mahu mengangkat teater muzikal ke peringkat lebih tinggi. Beliau tidak mempedulikan kata-kata orang kerana dia percaya pada dirinya sendiri. Dengan itu, hasilnya sudah pun kita nampak dan masyarakat mula membuka mata," tuturnya penuh kejujuran.
Bukan itu sahaja, Roslan turut melahirkan rasa kagumnya terhadap pelakon PRM yang disifatkannya sebagai berdedikasi dan semangat mereka yang melangkaui segala-galanya.
| Plays Today | 0 |
| Total Plays | 6 |
| Profile Views | 142 |

The Story Begins...Hey ya, guys!
Wondering why P Ramlee lives again?
It's the P Ramlee Musical season 2, you idiot!
The awesome play i have ever seen on stage!
And guess what?
It's my second time watching the play!
hahahaha.
Yeah, it's true!

roslan aziz productions said...Blogger roslan sms said...
Assalamualaikum
Dear Roslan
To err is human to forgive is divine. Kita makhluk tidak pernah sunyi dari melakukan kesilapan. Yang lebih penting adalah kesedaran dan ilmu yang kita perolehi dari the whole excercise.
May Allah be with u always brother
ROSLAN SHAHIR
S/U AKHBAR PRESIDEN PAS
Jun 20, 2008 4:03:00 PM
-------------------------------------------------------------------------
TQ my Brother...
May ALLAH be with us always...
IKHLAS
roslan aziz
Jun 20, 2008 5:29:00 PM
roslan aziz productions said...

Saya mohon maaf Bukan kerana "takut kehilangan peminat" ( kerana peminat akan datang, pergi dan hilang ) atau sebelum "manusia-malaikat" muncul di depan katil saya mlm ini dan berfatwa “Kau Sesat dan menyesatkan”...tetapi...
Kerana ALLAH S.W.T. dan cinta saya kepada Nabi Muhammad S.A.W. ... keluarga suci baginda A.S. serta Umah baginda S.A.W.
Berani kerana BENAR dan Takut kerana ALLAH S.W.T....dan sesungguhnya ALLAH itu BENAR...Saya juga beriman bahawa rezeki itu datang dari ALLAH S.W.T.
Alhamdullillah... terima kasih kerana kebanyakan nya sanggup menerima kemaafan saya dan jikalau selepas ini tiada siapa pun yang ingin mendengar kerja2 saya ...saya rasa saya tidak kecewa...tetapi kalau saudara2 saya tidak menerima saya sebagai seorang saudara seislam...itu yang saya kecewa dan akan kesal...
ALLAH MAHA MENGETAHUI dan MAHA ADIL...saya mempunyai niat yang baik dan niat ini tidak pernah pudar dari mula saya menceburi bidang muzik... Saya berharap niat yang baik ini dapat diterima saudara2 saya semua dan yang lebih penting diberkati ALLAH S.W.T....
Moga2 perkenalan kita diberkati dan diredhaiNYA...INSYALLAH...
Jun 20, 2008 1:41:00 PM

------------------------------------------------------------------------------------------------
Saudara2 Anonymous dari Pemuda PAS Kawasan Subang...
Syukur Alhamd...saya meminta maaf atas kesedaran dan sesungguhnya kerana ALLAH S.W.T..dan kerana kasih sayang saya kepada semua umat Muhammad S.A.W....saya selalu percaya bahawa sesuatu yang terjadi itu pasti ada Hikmah NYA asalkan kita bersabar dan ikhlas dgn nama ALLAH S.W.T...Maaf kalau saya tersalah...tetapi itu yang diajar oleh ibubapa saya...mudah mudahan ALLAh memberi kita petunjuk dan hidayahNYA saudara2 ku....terima Kasih...marilah kita gunakan persaudaraan kita ini utk mengenali diri kita dan ISLAM...INSYALLAH..
IKHLAS
roslan aziz
Jun 20, 2008 2:33:00 AM

roslan aziz productions said...Anonymous said...