Monday, June 23, 2008

"Qulil haq Walau Kaana Murron"

Anonymous abahHakeem said...

Sultan sebagai Ketua Agama sepatutnya lebih peka kepada hukum-hakam agama. "Qulil haq Walau Kaana Murron" - Berkata benar walau ianya pahit.

Dalam hal ini, saya melihat Sultan Selangor keliru antara keutamaan yang lebih patut diutamakan. Sensitif terhadap kaum dan agama lain itu adalah UTAMA tapi menegekkan hukum Islam itu adalah LEBIH UTAMA. Tiada niat di hati utk menentang Sultan tapi sebagai rakyat kami berhak menegur Sultan kiranya kami melihat Sultan melakukan perkara yg bertentangan dengan kehendak ALLAH SWT dan RASUL SAW.

Apakah kita perlu mengorbankan hukum Islam sebagai tanda kita sensitif dengan bangsa dan agama lain? Tuanku Sultan bercakap ttg sensitiviti terhadap bangsa dan agama lain tapi DI MANAKAH SENSITIVITI TUANKU TERHADAP PENGANUT AGAMA ISLAM?

Kalau Tuanku punyai nas dari Al-Quran atau Hadith yang membenarkan konsert sila tunjukkan kepada rakyat. Sekiranya ada nas, kami pemuda Islam akan menyokong Tuanku Sultan 250%.

Wallahu a'lam.

Jun 23, 2008 7:34:00 AM

No comments:

Quantcast Quantcast

Haring by 'aLi

MUSICOLOGY