Saya amat terkejut dgn kenyataan dari roslan aziz, terutama kata-kata yang dilemparkan kepada tokoh-tokoh agama. Jgn kerana seekor nyamuk anda membakar seluruh kelambu.
Kenyataan yg anda keluarkan iaitu artis juga bodoh kerana membiarkan mereka ditindas. Ingin saya nyatakan di sini, setiap manusia itu dilahirkan adalah suci bersih, bodoh atau tak empunya badan. Jika kita mempunyai fikiran yg waras dan berfikiran matang serta berbudaya maka kita tidak ada hak untuk mengutuk atau berkata kasar pada individu itu. Apa yg kita boleh buat, jika kita seorang yg bijak, kita harus menunjuk ajar kepada yg kurang bijak. Itulah yang patut kita lakukan.
Biarlah kata2 kita ni berlapik. Mempunyai budi bahasa dan kesopanan kerana dalam budaya melayu telah mengajar kita utk menghormati org lain.
Saya tidak nampak dunia artis tu baik sgt, atau dunia politik itu baik sgt, yang saya nampak adalah individu itu sendiri. Baik atau tidak terletak pada individu itu sendiri, dia yg mennetukan bagaimana dia nak lakukan terhadap dirinya sendiri. Nak baik atau tak, tepuk dada tanya selera.
Salam hormat
Saturday, June 21, 2008
Terkejut...
Rizman said...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment