Tuan Roslan,
Seikhlasnya saya bukanlah ahli PAS tetapi komen tuan itu mengguris hati umat Islam. Tuan berhak berbeza pandangan namun mempertikaian ilmuan dan agamawan sebegitu rupa kiranya kurang wajar.
Namun seikhlas hati juga saya rasa isu ini wajar ditutup. Permohonan maaf tuan saya rasa ikhlas namun diharapkan tuan memohon maaf bukan kerana tekanan dari luar tetapi atas keinsafan dari dalam naluri dan hati nurani.
Saya kira adalah tidak adil komentar yang menghukum bilamana seseorang itu telah insaf dan menarik balik tindakan keterlanjurannya itu.
Apa yang lebih penting semua pihak harus belajar sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan baik kepada pihak media atau umum.
Saturday, June 21, 2008
...mengguris hati umat Islam
Faizal Riduan said...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment