Friday, June 20, 2008

Berburuk Sangka...

Anonymous Fadzli said...

saudara roslan,

anda telah berburuk sangka dengan orang agama. cuba saudara fikir bagaimana agaknya apabila ulama mengkritik tentang muzik. bagaimana jika ulama mengatakan bahawa ..itu ego orang muzik? tentu saudara tidak suka..kerana ilmu muzik itu bukan bidang orang agama. sedangkan Rasul pun pernah berkata kepada sahabat bahawa urusan itu (berkenaan tanaman kurma) kamu lebih tahu. maknanya jangan kita masuk campur urusan yang kita bukan ahlinya.

saya hormat saudara dalam dunia saudara. saudara memang pakar dalam muzik. adakah pada saudara PAS menentang semua jenis hiburan? saudara pasti kenal Akil Hayy. tok guru Nik Aziz sendiri pernah hadir dalam konsert mawi. PAS menentang konsert ella dan mas idayu adalah kerana agama. saya fikir kalau Waheeda yang jadi artisnya saya fikir PAS tidak akan menentang.

walau bagaimana pun saya kagum dengan saudara roslan kerana sedia memohon maaf atas ketelanjuran kata2. saya harap ianya ikhlas bukan kerana takut kehilangan peminat yang juga penyokong PAS.

saya cadangkan saudara roslan perbanyakkan lagu2 tentang dakwah dan kemanusian. dan saya harap saudara roslan dapat melahirkan artis2 yang tidak seperti ella dan mas idayu. saya fikir PAS akan berlapang dada kalau ramai artis macam waheeda penampilannya.

terima kasih.

Jun 20, 2008 9:52:00 AM

4 comments:

Mohd Shukri b. Mohamad Jani, Rafidah bt. Hamdan said...

Assalamualaikum saudara Roslan.
Saya adalah salah seorang peminat muzik tanah air terutama zaman 80-90an dan dalam masa yang sama juga merupakan penyokong kuat pertubuhan Islam di Malaysia.
Bagi saya alasan yang diutarakan oleh pemuda Pas Selangor adalah konkrit apabila kita melihatkan senario artis tanahair sekarang ini yang mana lebih menonjolkan penampilan diri berbanding kualiti vokal dan juga persembahan.
Bagi saya, saudara Roslan sekarang ini merupakan seorang tokoh yang tidak kurang pengaruh dalam industri muzik tanahair. Cadangan saya sebagai permulaan, saudara boleh memohon diadakan konsert pada waktu tersebut, tetapi pemilihan artis-artis perlulah diteliti dahulu. bagi artis-artis yang bersih dahulu...
dalam masa yang sama galakkan artis yang lain melakukan perubahan dalam imej, penampilan dan perawakan.
Insyaallah ramai pihak akan terima. Lagi satu yang utama, bagi kita yang jahil agama ni, saya cadangkan saudara banyakkan mendapat nasihat daripada pemimpin-pemimpin agama dan cendikiawan bagaimana untuk mengarahkan industri muzik malaysia kejalan yang lebih bersih.
wassalam

jijiejon said...

Bersyukurlah kerana masih ramai lagi yang sayang kat kau roslan aziz...

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

Islam itu indah....semua orang Islam itu bersaudara...so bila kita dah bersaudara,tegur-menegur,ingat mengingati,maaf-memaafi itu dah menjadi satu tuntutan untuk semua hamba Allah...sepatutnya kita sebagai orang Islam sgt bertuah kerana sentiasa disayangi Allah..cuma kadang2 Allah menunjuk kasih sayangnya dengan cara yg berbeza...kita patut bersyukur (peringatan utk diri saya juga)..wallahualam..

roslan aziz productions said...

Terima Kasih saudara...
Saya mohon maaf bukan kerana takut hilang peminat..kerana ia akan dtg pergi dan hilang...tetapi saya mohon maaf kerana saya tidak mau dan takut kehilangan saudara2 saya...berani kerana BENAR dan Takut kerana ALLAH S.W.T....sesungguhnya ALLAH itu BENAR...
Alhamdullillah kebanyakan nya menerima kemaafan saya...jikalau selepas ini tiada siapa pun yang ingin mendengar kerja2 saya ...saya tidak kecewa..tetapi kalau saudara2 saya tidak menerima saya sebagai seorang saudara seislam..itu yang saya takut kecewa dan kesal...ALLAH MAHA MENGETAHUI dan MAHA ADIL...saya mempunyai niat yang baik dan saya berharap niat yang baik ini dapat diterima saudara2 saya...Moga2 perkenalan kita diberkatiNYA...INSYALLAH..

WASSALAM

IKHLAS
roslan aziz

Jun 20, 2008 1:41:00 PM

Quantcast Quantcast

Haring by 'aLi

MUSICOLOGY