Friday, June 20, 2008

Kesedaran...


"Mengapa kalian menyuruh orang lain berbakti (kepadaALLAH dan RasulNYA), sedangkan kalian melupakan (kewajipan)kalian sendiri , padahal kalian membaca Kitab (yang diturunkan ALLAH S.W.T.). Tidakkah kalian terfikir ? "

( Al-Baqarah:44 )

Ayat ini di tunjukkan kepada saya oleh Allahyarham bapa mertua saya Allahyarh
am Abdul Majid Shahid...
Selepas saya terlanjur kata saya teringat akan ayat
ini...Alhamdulillah...

IKHLAS

roslan aziz

5 comments:

Anonymous said...

syabas saudara...
masih belom terlewat utk kita mencari keredhaanNYA. saya mengharapkan saudara menjadi pendokong agama kita ini walaupun dlm bidang seni dan bukan menjatuhka/memperlekeh.tidak perlu wujud perkataan 'PAS' tetapi lebih cantik juga perkataan ISLAM dimartabatkan.siapa lagi yg mahu martabatkan Islam jika bukan umatnya sendiri setelah Islam makin pupus sejak beratus tahun hingga skrg.
saya menyeru pada rakan2 semua utk mencari ilmu mengenali Allah yg mana setelah berpuluh tahun kita 'meminjam' hidup di duniaNYA namun kita hanya mengenalNYA melalui nama Allah sahaja.

roslan aziz productions said...

INSYALLAH...
Terima Kasih semoga perkenalan kita diberkati ALLAH S.W.T.

IKHLAS
roslan aziz

Anonymous said...

Alhamdulillah,

Saudara cepat sedar kesilapan dan dengan ikhlas meminta maaf. Sikap ini menunjukkan saudara mempunyai sahsiah diri yang tinggi. Serta merta sejuk hati ni bila saudara berbuat begini.

Ayuh sama-sama kita martabatkan Islam. Saudara sudah berada dalam landasan seni maka gunakanlah sebaiknya pluang untuk berdakwah melalui seni yang saudara telah sedia berada di atas landasannya.

Semoga Allah mengampunkan kita semua dan diberi petunjuk selalu, Insya Allah. Wassalam.

Anonymous said...

Roslan,

Apakah hukum jika kita "mempertahankan" bahkan "mempromosikan" seseorang yang beragama islam mendedahkan aurat kepada khalayak ramai?

Tahukah anda betapa azabnya seorang bapa di alam barzah kerana kejahilan, keiblisan, kemurtadan, kecelakaan, keegoan dan kebinatangan amalan si anak yang menyimpang dari landasan agama suci ISLAM?

Tahukah anda bahawa sebagai seorang PENGETUA AF tidak menjamin seseorang itu ke syurga, tetapi merupakan jawatan penting ahli parlimen neraka...?

Sedar dan insaflah wahai manusia yang lalai...

Anonymous said...

alhamdulillah. inilah contoh manusia yang kita mahu. sedar atas kesilapan sendiri dan mengakuinya.

semoga artis lain turut menjadikan abang roslan sebagai contoh manusia yang mengaku salah dan tidak indenial.

inilah contoh manusia bermaruah. syukur alhamdulillah.

Quantcast Quantcast

Haring by 'aLi

MUSICOLOGY