Friday, June 20, 2008

KURANG AJAR...


Anonymous Muhammad Ikhwan Bin Masot, Melaka said..

kurang ajar..
itulah pendapat aku bila pertama kali membaca kenyataan en roslan.
inilah keadaan umat akhir zaman,
golongan agama dipijak,dihina, dikeji,dicaci, sedangkan golongan artis diangkat tinggi.
sudang terang lagi bersuluh,
memang konsert mengundang seribu keburukan dari kebaikan,
islam itu mudah, semua yang mengundang keburukan itu hukumnya haram, en roslan mahu menegakkan benang yang basah, patutnya kamu memberi hujah kenapa patut konsert itu diteruskan, bukan menyerang golongan agama,itu maknanya menyerang peribadi orang, itukan tindakan golongan pengecut, kalau anda menyerang peribadi, kami pun boleh menyerang peribadi anda,
jagan elok2 anak perempuan anda sorang tu, jangan biarkan dia terkinja2 di disko,bapa jenis apa anda ini.

Jun 20, 2008 1:08:00 PM

2 comments:

roslan aziz productions said...

Syukur Alhamdulillah...terima kasih saudara ku Muhammad Ihkwan ...saya terima kritikan saudara dgn fikiran yang terbuka dan berlapangan dada...Semestinya saya akan menjaga anak2 saya dan keluarga saya dgn baik...INSYALLAH...saya percaya setiap kejadian ada hikmah nya dan saya berdoa agar pengalaman saya ini dapat dijadikan teladan dan panduan bukan utk saya malah untuk semua...Saya juga sentiasa berdoa agar keluarga dan anak2 yang saudara kasihi dipelihara olehNYA....
Semoga perkenalan kita diberkati dan diredhai ALLAH S.W.T...Wassalam

IKHLAS
roslan aziz

p/s mungkin saya sejenis bapa yang tidak lari dari tanggung jawabnya...Wallah...
Jun 20, 2008 5:46:00 PM

roslan aziz productions said...

Anonymous Muhammad Ikhwan Bin Masot, Melaka said...

Salam Sejahtera,
Pertama sekali saya hendak memohon maaf kerana menyerang peribadi anda. Satu perkara yang saya tak patut lakukan. Baguslah saudara pun sudah meminta maaf dan saya lihat ada komen dari RoslanSMS, orang kuat Pas. Saya harap perkara ini dapat dijadikan iktibar buat semua kerana isu Islam ini sangat sensitif di negara kita. Hakikat yang perlu kita terima bahawa Islam sedang menuju puncak kembali. InsyaAllah..
Assalamualaikum.

Jun 20, 2008 8:35:00 PM

Quantcast Quantcast

Haring by 'aLi

MUSICOLOGY