Friday, June 20, 2008

Roslan Aziz mohon maaf

Roslan Aziz mohon maaf: "Roslan Aziz mohon maaf
Jimadie Shah Othman | Jun 19, 08 7:14pm
Komposer terkenal Roslan Aziz memohon maaf kepada ahli PAS kerana kenyataannya yang dianggap menghina parti itu berhubung tindakan Dewan Pemuda PAS Selangor membantah konsert penyanyi terkenal Ella dan Mas Idayu, sempena 100 hari Pakatan Rakyat mentadbir negeri itu.

'Sebagai seorang manusia yang beragama Islam, (juga) bapa, suami dan anak yang masih menagihkan ilmu pengetahuan dan keredhaan-Nya, saya dengan merendah hati memohon maaf kepada semua muslimin dan muslimat khususnya ahli-ahli PAS atas perlakuan saya itu,' kata Roslan dalam blognya Roslan Aziz Production (http://roslanaziz.blogspot.com) semalam.

Kelmarin, Roslan menyifatkan tindakan Pemuda PAS Selangor membantah konsert penyanyi terkenal Ella dan Mas Idayu sebagai tindakan 'ego' golongan agama dan bermotifkan politik.

'Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci,' katanya kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rancangan Pemuda PAS Selangor untuk mengadakan perhimpunan untuk membantah konsert tersebut yang dijadual 6 Julai di Shah Alam.

Dalam permohonan maafnya itu, Roslan mengaku tidak berfikir panjang sebelum menjawab soalan yang diajukan, sebaliknya menggunakan emosi da"

49 comments:

Anonymous said...

salam,

sy seorang yg suka pd hasil kerja brother roslan. memang frust bc kenyataan roslan dalm malaysiakini hari tu.

trima kasih sb mohon maaf...

..moga kita semua dilindungi olehNya, diberi petunjuk..bertambah iman....

ikan kekek said...

abg roslan,

Bagus kalau dah sedar,bila saya baca ia semacam faham sekular,mengasing antara politik and agama,baca la banyak kisah nabi membina madinah mengabung kan agama dan politik kerana politik dipandu oleh agama(al-quran & hadis)bukan oleh akal fikiran dan nafsu...yang haram itu jelas dan yang halal itu nyata...sebagai orang islam fikir2 kan....wasalam

Thepeoplechoice said...

salam bang roslan...

saya juga kagum dgn hasil kerja abg roslan... tp sy rasa regret bila abg roslan keluarkan kenyataan yg agak sempit skopnya... jadik sy pun ada kritik kenyataan abg roslan tu d blog sy blogs.iiu.edu.my/shah_reza02 ... huhu.. sorryla.

Juraimi Zainal said...

maaf anda kami terima, tapi lain kali berhati-hati bila mengeluarkan kenyataan..

mungkin juga cara pemuda PAS tu menegur ada kekurangan.. tapi bab2 hukum-hakam ni, kita yg bukan yg arif mesti berfikir dahulu..

mesti sentiasa ingat: Diakhir zaman Umat Islam ditentang oleh umat islam sendiri.

wasalam, berpesan-pesan.. Go Bro

Anonymous said...

saudara roslan,

anda telah berburuk sangka dengan orang agama. cuba saudara fikir bagaimana agaknya apabila ulama mengkritik tentang muzik. bagaimana jika ulama mengatakan bahawa ..itu ego orang muzik? tentu saudara tidak suka..kerana ilmu muzik itu bukan bidang orang agama. sedangkan Rasul pun pernah berkata kepada sahabat bahawa urusan itu (berkenaan tanaman kurma) kamu lebih tahu. maknanya jangan kita masuk campur urusan yang kita bukan ahlinya.

saya hormat saudara dalam dunia saudara. saudara memang pakar dalam muzik. adakah pada saudara PAS menentang semua jenis hiburan? saudara pasti kenal Akil Hayy. tok guru Nik Aziz sendiri pernah hadir dalam konsert mawi. PAS menentang konsert ella dan mas idayu adalah kerana agama. saya fikir kalau Waheeda yang jadi artisnya saya fikir PAS tidak akan menentang.

walau bagaimana pun saya kagum dengan saudara roslan kerana sedia memohon maaf atas ketelanjuran kata2. saya harap ianya ikhlas bukan kerana takut kehilangan peminat yang juga penyokong PAS.

saya cadangkan saudara roslan perbanyakkan lagu2 tentang dakwah dan kemanusian. dan saya harap saudara roslan dapat melahirkan artis2 yang tidak seperti ella dan mas idayu. saya fikir PAS akan berlapang dada kalau ramai artis macam waheeda penampilannya.

terima kasih.

Anonymous said...

Baguslah abg roslan,

Saya sejahat-jahat saya, saya buat perkara maksiat, tidak sampai menjadi sesuatu yg buruk pada orang lain. Kalau ditegah oleh orang yang a'lim dan beramal, saya x akan menolak mereka, kerana saya tahu mana yang benar dan salah, cuma kecenderungan saya kepada perkara yang maksiat. Maka saya bermohon kepada Allah Taala agar Allah mengembalikan saya ke jalanNya. Orang berkata, sejahat-jahat manusia, jgnlah dia tinggalkan solat, dan jangan dia menjawab atas tegahan orang alim, kerana rahmat Allah boleh sampai bila2 masa hatta ketika hendak matipun..

Anonymous said...

Assalamu'alaikum...

Nasihat saya:
- Lain kali jangan selalu main lepas cakap. Fikir dulu.
- Permohonan maaf perlu ikhlas disalurkan kepada PAS & media awam supaya kerosakan yang telah tuan lakukan dapat diperbaiki (walau sedikit).
- Istighfar kepada ALLAH.
- Perbaiki perhubungan tuan dengan PAS & lain2 pihak agama.
- Banyakkan mendekati majlis ilmu agama supaya tuan lebih memahami inti agama.
- Tuan seorang yg dihormati dan dikenali di dalam seni muzik. Gunakan kelebihan itu utk memperbaiki seni muzik ke arah keredhaan ALLAH & kebaikan masyarakat.

Itu sahaja setakat ni.

Moga ALLAH beri hidayah & taufiq kpd tuan sekeluarga, amin.

Anonymous said...

Tahniah!. Terima Kasih.

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Syukurlah wahai saudara Roslan kerana komen-komen dari mereka disini dapat dilihat tiada satu pun yang mencaci maki anda. Inilah nilai diterap Islam. Walau dalam keadaan marah sekalipun, cuba jangan melepaskan perkataan yang tidak enak didengar oleh yang lain. Anda seorang pejuang muzik yg hebat, tetapi jangan disebabkan sikap anda yang egoistik itu menyebabkan org lain timbul rasa kurang suka terhadap anda.

Wassalam.

PEMUDA BERSIH said...

Salam Bro...

terima kasih kerana telah sedar dari kejahilan diri yang berani untuk mempertikaikan isu sensitif....

ingat bro bukan kelantan,bukan kedah tapi slangor yang kadar maslah sosial paling teruk.

sepatutnya hiburan yang keterlaluan ini dikaji semula agar mengikut kehendak islam. bukan islam tidak membenarkan hiburan tapi perlu ikut lunas2 yang betul.

ingat bro janganlah kita jadi orang yang jahil agama. kita perlu teliti semua dan banyakkan rujukan sebelum mengeluarkan kenyataan.

kita hidup di dunia ini adalah pinjaman allah swt jadi jangan lupa diri. segeralah kembali pada ajaranNYA....

semoga kita semua dilindungi allah dan dijauhkan segala macam siksaanNYA....amin.....

Anonymous said...

Assalamualaikum Abg Roslan.

Saya suka dengan cara Abg Roslan berfikir.

Sebenarnya Islam mmg menghargai kesenian. Dan Itulah yang sedang PAS bawa dlm kapasitinya sebagai pertubuhan dakwah di Selangor.

Abg janganlah kecil hati. Aktivis2 Islam yang berusrah dan tarbawi dalam Gerakan Islam ini cukup saya dgn artis-artis Malaysia.

Kami cukup berbangga jika org2 seni macam Abg Roslan boleh ikut kami sebab kami faham agama, cuma persoalan seni ini mungkin Abg Roslan lebih faham.

Marilah bersama-sama kita kembali membantu gerakan Islam PAS dll di Malaysia demi memastikan hidup kita tenang di dunia dan sejahtera di Akhirat kelak.

Semoga Abg Roslan, saya yg kerdil ini dan seluruh kaum manusia yang mencintai seni boleh bertambah kasih pada Allah dan Rasulullah melalui pendekatan seni Islam.

Tahniah Abg Roslan kerana berani. Org berani mcm Abg roslan cukup berharga untuk gerakan Islam dan seni Islam di Malaysia.

Salam persaudaraan Islam. Sekian...

http://zainulfaqar.wordpress.com

Anonymous said...

Alhamdulillah;

Saya memang meminati Roslan Aziz kerana ilmunya dalam bidang muzik dan seni. Dan saya juga kagum kerana tuan cepat sedar dan kembali memohon maaf atas kata-kata yang menghina agama islam.

Pemuda PAS agak kurang berhikmah dalam hal2 sedemikian, tapi leboh elok jika tuan mengkaji dan menganalisis sifat, tindakan dan kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz- beliau adalah contoh paling baik untuk rujukan semua umat islam di Malaysia. Beliau adalah pemimpin semua umat islam sama ada ianya PAS atau UMNO(yang semakin terbuka fikirannya sekarang ini).

Anonymous said...

Roslan,

Apakah hukum jika kita "mempertahankan" bahkan "mempromosikan" seseorang yang beragama islam mendedahkan aurat kepada khalayak ramai?

Tahukah anda betapa azabnya seorang bapa di alam barzah kerana kejahilan, keiblisan, kemurtadan, kecelakaan, keegoan dan kebinatangan amalan si anak yang menyimpang dari landasan agama suci ISLAM?

Tahukah anda bahawa sebagai seorang PENGETUA AF tidak menjamin seseorang itu ke syurga, tetapi merupakan jawatan penting ahli parlimen neraka...?

Sedar dan insaflah wahai manusia yang lalai...

Anonymous said...

salam

Syukur en. roslan cpt2 sedar akan kesilapan diri...tp sedar tak kita bahwasanya anak2 kita (wlpun sy blom ada anak) lebih cenderung kepada aliran/program yg sealiran dgn yg bw saudara...lebih teruk lagi aliran berunsur dakwah ditolak ketepi...so apa kesan yg kita akan dapat pd zaman tua kita nnt? Pd masa itu kita akan ingat apa yg telah kita buat kepada waris2 kita itu...Mungkin artis/pemuzik hanya mengekspresi seni mereka utk rezeki yg 'halal' ttp cara nya yg mengintegrasikan maksiat,arak,lupa tanggungjwb pd Allah,keluarga,buang masa dll itu bagaimana hukumnya? Sbb itu islam mengharamkan umat islam mencari pendapatan dari cara sedemikian...yg penting sekarang, en roslan perlu fikir apa yang sudah, sedang dan akan dilakukan kelak....

Contohilah Amy Searh yg makin mencari ketenangnya dgn kembali mendekatkan diri dgn Allah...insyallah..takbirr ALLAHUAKBAR

TQ

roslan aziz productions said...

batu said...

salam,

sy seorang yg suka pd hasil kerja brother roslan. memang frust bc kenyataan roslan dalm malaysiakini hari tu.

trima kasih sb mohon maaf...

..moga kita semua dilindungi olehNya, diberi petunjuk..bertambah iman....

Jun 20, 2008 9:23:00 AM

Aminnn.....Terima Kasih saudara...

IKHLAS
roslan aziz

roslan aziz productions said...

Blogger Thepeoplechoice said...

salam bang roslan...

saya juga kagum dgn hasil kerja abg roslan... tp sy rasa regret bila abg roslan keluarkan kenyataan yg agak sempit skopnya... jadik sy pun ada kritik kenyataan abg roslan tu d blog sy blogs.iiu.edu.my/shah_reza02 ... huhu.. sorryla.

Jun 20, 2008 9:47:00 AM
Assalamualaikum Saudara ku...
Tak mengapa...tak perlu minta maaf..kita semua ada hak utk ingat mengingati diantara satu dgn lain...Saya faham perasaan saudara...Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa menasihati saya...kalau saudara tak mendengar musik saya pun saya tak kecewa tetapi terimalah saya sebagai saudara seIslam yang mohon kemaafan ...Moga2 perkenalan kita diberkatiNYA...INSYALLAH...

IKHLAS

roslan aziz

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

dulu PAS pernah kutuk sultan kelantan pasal hiburan.

kemudian PAS haramkan dikir barat, mak yung, wayang kulit dan suruh buka lampu kat pawagam...apabila 2004, PAS kalah banyak barulah ularMAK PAS mula kelam kabut dan ubah fatwa...

Pasal Ella dan Mas Idayu, mana pergi persatuan artis? Kalau gitu, persatuan artis dan artis perlu bersama-sama kerajaan 'mengharamkan; PAS di Malaysia. Mereka ada peminat dan penyokong muda. betul tak?

pkrpasdap.blogspot.com

roslan aziz productions said...

Anonymous Anonymous said...

Alhamdulillah;

Saya memang meminati Roslan Aziz kerana ilmunya dalam bidang muzik dan seni. Dan saya juga kagum kerana tuan cepat sedar dan kembali memohon maaf atas kata-kata yang menghina agama islam.

Pemuda PAS agak kurang berhikmah dalam hal2 sedemikian, tapi leboh elok jika tuan mengkaji dan menganalisis sifat, tindakan dan kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz- beliau adalah contoh paling baik untuk rujukan semua umat islam di Malaysia. Beliau adalah pemimpin semua umat islam sama ada ianya PAS atau UMNO(yang semakin terbuka fikirannya sekarang ini).

Jun 20, 2008 11:43:00 AM

MassyALLAH...saya sebenarnya memang terfikir tentang Tuan Guru Nik Aziz semasa saya sedar akan kertelanjuran saya...Saya sudah lama memang Kagum dan Amat menghormati Tuan Guru dan saya kerap juga membaca komen2 atau hujah2 beliau...Tuan Guru adalah contoh seorang manusia yang baik dan mulia lagi bersopan santun serta mempunyai akal fikiran yang menakjubkan...Saya setuju kata saudara jikalau Tuan Guru dijadikan contoh teladan utk mengkaji dan menganalasis sifat ...saya sentiasa berdoa agar ALLAH S.W.T.sentiasa memberkati dan melindungi Tuan Guru Kesayangan kita...INSYALLAH...
saya tidak kecewa dan berkecil hati dgn kritikan2 yang dilempar kerana saya faham perasaan mereka dan sebenarnya kebanyakkan mereka memberi nasihat2 yang baik2...Alhamdulillah.....
Saya memohon maaf kerana kesedaran dan cinta saya kepada semua Umah Nabi Muhammad S.A.W dgn seikhlas yang boleh...Demi ALLAH saya tidak berniat utk menghina sesiapa...maafkan saya..
Syukur Alhamdulillah...pengalaman ini sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan peringatan buat saya dan moga2 dapat dirasai oleh semua akan nikmat nya...ALHAMDULILLAH...
Astaghfirullah.....

Wassalam

IKHLAS
roslan aziz

blues untuk rakyat said...

wa caya lu bro......

dari wa suke bro... jadi tak suke..... sekarang kembali suke...... ho...ho...ho...

bro roslan ok apa..... bro memohon maaf kan pas....

wa sokong 1001%... tanpa curiga.....

lepas ni kalu wa kesempatan jumpa utz nasharudin....

wa nak suruh utz and the gang jumpa bro serta komposer and artis berbincang pasai hiburan nyayian and lakonan.....

boleh bro.....

kalu tak bawak berbincang.. perkara ni sampai bila-bila tak selesai.....

roslan aziz productions said...

Anonymous said...

salam

Syukur en. roslan cpt2 sedar akan kesilapan diri...tp sedar tak kita bahwasanya anak2 kita (wlpun sy blom ada anak) lebih cenderung kepada aliran/program yg sealiran dgn yg bw saudara...lebih teruk lagi aliran berunsur dakwah ditolak ketepi...so apa kesan yg kita akan dapat pd zaman tua kita nnt? Pd masa itu kita akan ingat apa yg telah kita buat kepada waris2 kita itu...Mungkin artis/pemuzik hanya mengekspresi seni mereka utk rezeki yg 'halal' ttp cara nya yg mengintegrasikan maksiat,arak,lupa tanggungjwb pd Allah,keluarga,buang masa dll itu bagaimana hukumnya? Sbb itu islam mengharamkan umat islam mencari pendapatan dari cara sedemikian...yg penting sekarang, en roslan perlu fikir apa yang sudah, sedang dan akan dilakukan kelak....

Contohilah Amy Searh yg makin mencari ketenangnya dgn kembali mendekatkan diri dgn Allah...insyallah..takbirr ALLAHUAKBAR

TQ

Jun 20, 2008 12:50:00 PM

Terima Kasih saudara...
INSYALLAH...pengalaman in dapat memberi panduan dan peringatan kepada saya...INSYALLAH...
Ya...Amy adalah saudara kesayangan saya...kami saling mengenali hampir 30thaun...Saya sebelum in pun memang selalu mencontohi beliau kerana sifat dia yang lemah lembut dan selalu mengingati rakan2,,beliau seorang yang juur dan suka menolong orang lain..saya akan terus mencontohi beliau...Moga2 kita semua dapar petunjuk dan hidayah oleh NYA...INSYALLAH

ALLAHUAKBAR ALLAHUKABAR LAILLAHAILALLAH...

wassalam

IKHLAS
roslan aziz

Buat Duit Di Internet http://blog.rohaza.com said...

pepoplemake mistake...tapi hopefully abg think twice dulu yer..pk natijahnya...anyway..abg dah minta maaf...kami maafkan..kerana memaafkan memberikan suatu ketenangan.;-)peace no war!

semoga abg roslan terus menghasilkan karya-karya yang bermutu!

**kalau boleh hasilkan lagu-lagu berunsur nasihat & ketuhanan lagi cun bang!

rohaza
wahsah! with me
http://rohaza.com

Anonymous said...

bgus2...alim ulama perlu di letak kan tinggi tempat dan kedudukan nya.. sume manusia sama sahaja di sisi ALlah.. alim ulama bukan sahaja pas sahaja..sume org berilmu.. mufti dan ustaz2... kadang2 apabila alim ulama keluarkan kenyataan y bercanggah dgn pendapat peribadi sesorang, tetapi sebenarnya menurut syariat. biasa la ianya ditentang. ini dah biasa berlaku sejak zaman berzaman lg... bgusla merujuk kepada al-quran dalam membuat penilaian..sesungguhnya nabi muhammad itu telah meninggalkan 2 khazanah y mana klu ikut khazanah ni..dia xkan sesat iaitu alquran dan sunnah... SubhanAllah

roslan aziz productions said...

Anonymous Fadzli said...

saudara roslan,

anda telah berburuk sangka dengan orang agama. cuba saudara fikir bagaimana agaknya apabila ulama mengkritik tentang muzik. bagaimana jika ulama mengatakan bahawa ..itu ego orang muzik? tentu saudara tidak suka..kerana ilmu muzik itu bukan bidang orang agama. sedangkan Rasul pun pernah berkata kepada sahabat bahawa urusan itu (berkenaan tanaman kurma) kamu lebih tahu. maknanya jangan kita masuk campur urusan yang kita bukan ahlinya.

saya hormat saudara dalam dunia saudara. saudara memang pakar dalam muzik. adakah pada saudara PAS menentang semua jenis hiburan? saudara pasti kenal Akil Hayy. tok guru Nik Aziz sendiri pernah hadir dalam konsert mawi. PAS menentang konsert ella dan mas idayu adalah kerana agama. saya fikir kalau Waheeda yang jadi artisnya saya fikir PAS tidak akan menentang.

walau bagaimana pun saya kagum dengan saudara roslan kerana sedia memohon maaf atas ketelanjuran kata2. saya harap ianya ikhlas bukan kerana takut kehilangan peminat yang juga penyokong PAS.

saya cadangkan saudara roslan perbanyakkan lagu2 tentang dakwah dan kemanusian. dan saya harap saudara roslan dapat melahirkan artis2 yang tidak seperti ella dan mas idayu. saya fikir PAS akan berlapang dada kalau ramai artis macam waheeda penampilannya.

terima kasih.

Jun 20, 2008 9:52:00 AM

Terima Kasih saudara...
Saya mohon maaf bukan kerana takut hilang peminat..kerana ia akan dtg pergi dan hilang...tetapi saya mohon maaf kerana saya tidak mau dan takut kehilangan saudara2 saya...berani kerana BENAR dan Takut kerana ALLAH S.W.T....sesungguhnya ALLAH itu BENAR...
Alhamdullillah kebanyakan nya menerima kemaafan saya...jikalau selepas ini tiada siapa pun yang ingin mendengar kerja2 saya ...saya tidak kecewa..tetapi kalau saudara2 saya tidak menerima saya sebagai seorang saudara seislam..itu yang saya takut kecewa dan kesal...ALLAH MAHA MENGETAHUI dan MAHA ADIL...saya mempunyai niat yang baik dan saya berharap niat yang baik ini dapat diterima saudara2 saya...Moga2 perkenalan kita diberkatiNYA...INSYALLAH..

WASSALAM

IKHLAS
roslan aziz

karepu said...

It's ok brader. Learn from mistakes.

Anonymous said...

Apa yang diunjukkan oleh Pemuda Pas hanyalah guidelines aktiviti hiburan yang dikeluarkan oleh JAKIM, yang perlu dipatuhi oleh negeri2.

Kalau Sultan pun tidak boleh mematuhhi guidelines tersebut, mana peranan Sultan dalam capacity nya sebagai "ketua Agama" negeri ?

What kind of mockery is this ?

Namun begitu, diharapkan hasil yang baik akan didapati.

Anonymous said...

alhamdulillah awak telah memohon maaf. ia adalah tindakan yang wajar, gentleman, berani dan bermaruah.

semoga awak mendapat pedoman daripada pengalaman ini. sesungguhnya PAS memperjuangkan islam, bukan politikkan islam.

saya gembira awak sedar. semoga artis lain turut menjadikan awak sebagai contoh seorang yang 'admit defeat' dan tidak bersikap indenial.

Anonymous said...

saya salah seorg dari berjuta ahli PAS...menerima maaf dari saudara roslan....Isi borang ahli dan jom joint Usrah...baru tahu dimana level kita ....Takbir !!!

Anonymous said...

Alhamdulillah...
Ingatlah, sebelum mati menjemput kita, jgnlah kita membiarkan diri kita bergelumang dgn dosa apatah lagi bila kita menghina saudara2 kita yang ingin membawa kita ke jalan ALLAH..

Bersyukurlah kerana masih ramai insan yang sudi menegur dan berjuang untuk menghalang kemaksiatan terus bermaharajalela di muka bumi ini...

Saya percaya, sebagai saudara seagama, apa yg pihak agama(sama ada kumpulan politik atau tidak) adalah semata-mata untuk menyelamatkan saudara2 yang lain. Kalau kita fikirkan kenapa perlu org berdemonstrasi, bukankah mereka juga ada komitmen lain, tapi fahamlah kita bahawa perjuangan menegakkan agama ini perlu dipikul oleh setiap individu muslim..bila agama telah dipinggirkan, maka sudah seharusnya kita bangkit menyelamatkannya.Hanya agama akan menjamin kita di akhirat kelak..mudah-mudahan kita semua mati dalam keadaan yg baik dan sempat mengucap...Amin

Mas Putih said...

Salam,
Saya rasa apa yang telah diperkatakan memang ada betulnya, tak payah nak mintak maaf dengan depa. Mohon keampunan dari allah.

NilzaSaza said...

Salam Bro Roslan...

Saya ahli PAS tegar.. tapi juga pencinta muzik Islam tegar.

Masa kecil membesar dengan bermacam-macam lagu. Lagu Sheila Majid pun antara yg saya suka.

Tapi apabila kesedaran mulai hinggap di hati, saya cuba tinggalkan sikit2 lagu2 dan penyanyi2 yg kurang Islamik. Tapi still mengimpikan satu hari nanti Malaysia memiliki penyanyi yg mengikut alur Islam.

Dalam youtube saya penah jumpa Ella, Ezlyn,lagi 2 org nyanyi lagu pakai tudung..'come' apa??

Muslimat PAS nk bagi semua penyanyi perempuan masuk syurga..dapat pahala..so, meh la ikut jalan kitaorang..

We are not the best, but trying to follow the best path (ISLAM)..

NilzaSaza@Bangi

Anonymous said...

Berhati-hati dalam memberi komen supaya tidak tersilap sehingga boleh menjejaskan akidah. Sama-sama kita menjayakannya.

ajun80 said...

Encik Roslan;

Saya sanjung tinggi sumbangan encik dlm memajukan industri hiburan tanah air selama ini tetapi yang paling mengharukan ialah keterbukaan encik roslan dalam memohon kemaafan atas ketelanjuran. Saya berdoa anda terus sukses dlm kerjaya dan juga dalam lindunganNya. Pada pandangan saya, teguran PAS bukan menghalang terus hiburan tetapi cuba mengawalnya ke arah yang lebih baik.

Asib said...

Good Muslim...
and be Good Mukmin..
Istiqamah selalu..

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

alhamdulillah...semua org pernah buat silap..cuma tak ramai yg berani ngaku silap dan mohon maaf..saudara roslan patut berasa bangga kerana Allah telah memilih saudara utk menerima ujian ini..seperti yang sahabat2 lain katakan...semua yg berlaku mesti ada hikmahnya..cuma kita kena lihat musibah ini sebagai satu bonus...so saudara kena bijak...adakah patut menerima atau hanya memandang sepi apa yg dah Allah beri (musibah ini)anggaplah ia sebagai permulaan dari satu perubahan utk memperbaiki diri kita...so saudara roslan kena rebut peluang ini..mungkin ini yg terakhir Allah beri(akan dtg kita tak tau)..so berbanggalah dgn diri saudara kerana Allah masih sygkan saudara ..wallahualam

Anonymous said...

lan,

you're the man...owning up to your mistakes is not an easy thing to do, much less apologizing for it.

i've never really fancied you (in fact, i despise you!) as an entertainer before; not especially your harsh, rude, and profound disregard of others' feelings. but, for this, my hats off to you, my man...didn't think you have it in you! you really caught a lot of us off guard there!

my best regards to you, and you can betcha you have just added me in your list of fans.

wassalam

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum semua.

Bilamana saya membaca tulisan tulisan tentang betapa Tuanku Sultan Selangor sekarang ini murka dengan bantahan Pemuda PAS Selangor yang dilaporkan secara eksklusif oleh pencacai # 1 media perdana iaitu oleh Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar The STAR iaitu si Kaffir Wong Chun Wai, saya dah dapat agak benda ni akan diperbesarkan oleh mereka yang membenci Islam dan Parti Islam seMalaysia!

Roslan Aziz terlanjur cakap dengan mengeluarkan pendapatnya sebab itulah Roslan Aziz yang kita semua tahu dari pengalaman kita melihat Roslan menjadi Pengetua AF dahulu.

Jenis mulut 'laser' juga brader kita ni cuma kali ni dia jadi mangsa puak puak pengadu domba yang memang ligat mencari umat umat Islam yang boleh dijadikan 'Batu Ronson' untuk mencetuskan kontroversi didalam dunia media tanahair kita terutama sekali bila PAS ada kaitan dengan sesuatu isu itu.

Saya sendiri dicap 'Ekstremis agama, Islamofascist, Little Napoleon Mullah' dsbnya oleh puak puak Kafir dan yang sewaktu dengan mereka.

Apa hendak kita herankan?

Sudah begitu sifat mereka.

Bab Brader Roslan Aziz ni, saya mengaku terasa kecil hati juga bila Brader Roslan dilaporkan begitu keras menghentam Pemuda PAS Selangor dan saya terfikir bahawa ini mungkin kes 'diarrhea of the lip' hero kita ni!

Saya ni walaupun dikenali sebagai kuat menentang pelbagai gejala kemungkaran yang ditaja dan dipelopori oleh ketidakapaan Kerajaan Islam Hadhari Al Imamul Akbar Al Maulena Abdullah al Badawi tak le berani mengaku bahawa saya anti muzik secara total dan sebagainya!

Bila Pemuda PAS membantah kehadiran Ratu Rock Ella dan Rau Dangdut Gelek 360 darjah Mas Idayu, mereka bertindak begitu kerana Selangor sekarang dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat dimana PKR dan DAP memerintah bersama sama PAS dan jika dibiarkan saja perempuan perempuan Islam dua orang itu ber'hard rock' dan'ber'dangdut 360 darjah' itu tanpa sebarang protes oleh PAS, maka saham bersubahat jatuh percuma didalam akaun PAS!

PKR memang tak akan bersuara membantah sebab mereka berteraskan 'Keadilan untuk Semua' dan tidak kepada 'Membangun Bersama Islam' yang di pegang PAS!

DAP jangan dok ambil 'pot' lah sebab kebanyakan mereka dari kaum Kafirun, jadi mereka tak kan ambil kisah langsung!

Si hero kita ni Roslan Aziz sebenarnya dah kes 'terlepas cakap' dan Alhamdulillah lah kini beliau dah memohon maaf!

Bagi saya jendalu # 1 yang kita semua nak kena pantau adalah si Wong Chun Wai!

Kawan ni lah yang dok perhangat Sultan Selangor.

Bab Sultan Selangor ni kalau saya mula cakap nanti ada yang akan gatal mulut nak tuduh saya menderhaka terhadap Sultan!

Saya hendak bertanya semua, ' Mana satu yang kita nak takut?

Murka ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA atau seorang manusia sama seperti kita tetapi cuma ditakdirkan beliau seorang Sultan Melayu yang jelas termakan hasutan seorang Kaffir memperlecehkan gerakan Pemuda Parti Islam seMalaysia?

Bagi saya Allah Subhanahu Wa Ta'ala tetap menjadi Tuhan yang saya sebagai serang hambaNya amat takut sekali!

'Qullu Nafsin Iza Iqatul Maut!'

Setiap yang bernyawa pasti kan mati kecuali Allah Rabbul Jalil, Tuhan semesta Alam!

Takutlah kepada Allah wahai Mukminin dan Mukminat sekelian!

Kita bukan hidup dizaman Jahiliyah lagi tetapi di Akhirul Zaman!

Segala tanda tanda kehampiran Yaum al Kiamat sudah jelas didepan mata seperti diperingatkan Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam!

Saya bersyukur Roslan dah sedar khilaf ucapan nya maka bersama samalah kita memaafkan kesilapan kita!

Maaf Lan, terlebih taip! Biasalah blogger! Pantang ada isu! :P

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum!

ALLAHU AKBAR!

Anonymous said...

bagus sebab meminta maaf...meminta maaf pun dianjurkan oleh Rasulullah bagi sesiapa yang merasakan telah membuat kesalahan...manusia secara zahirnya tidak pernah lepas dari kesalahan...

bro, aku respect u, sebab berani meminta maaf, antara keberanian yg sukar jugak nak cari zaman mutaakhir ini untuk memintak maaf..

jadi, thats the best way..

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum,

Ada typo error pada perenggan :
Bagi saya Allah Subhanahu Wa Ta'ala tetap menjadi Tuhan yang saya sebagai serang hambaNya amat takut sekali!

Sepatutnya :
Bagi saya Allah Subhanahu Wa Ta'ala tetap menjadi Tuhan yang saya sebagai seorang hambaNya amat takut sekali!

Harap maklum.

* Lan,
I pernah dapat Naib Johan Karaoke ANSARA yang u jadi Panel Juri!

Masih ingat lagi u kata suara okay perut saja nak kena kempiskan skit!'

Hahahahaha!

Kenangan bro....:P

wnorhaslina said...

Salam,
Nak mintak maap gak kat bro sebab ada kutuk-kutuk abg roslan. mintak maap..

Anonymous said...

Tuan,

Apapun tuan dah minta maaf...saya sebagai Pemuda PAS selangor menerima permohonan maaf tuan...

walau apapun sukses dalam muzik..
saya salah seorang peminat tuan,
dihap tuan dapat menghasilkan lebih baik dalam karya..

illal liqa'
abuurwah

mangchikla said...

Assalamu 'alaikum.

Dude! u got it made in Tranungkite

Bukan senang hendak melafadzkan ma'af and i think u have acted wisely and profoundly. May Allah look upon u and your family always in Iman.

Anonymous said...

salam abg roslan dan semua pembaca..

dari apa yang telah berlaku,aku sangat cemburu dengan abg roslan..dia telah buat silap yang mana aku anggap satu ujian dari Tuhan untuk dia..lepas tu beribu2 org kritik dia..bertuahnya dia..diberi ujian dan menerima kritikan..dan akhirnya dia sedar..kesedaran tu satu hikmah..sapa yang akan tegur aku kalu aku pulak buat silap??kalau lah aku ni rosalan aziz...

-bukan roslan aziz-

wakmeli said...

salam wbt. sya dapat rasakan penyesalan dan keihklasan memohon maaf saudara mengenai isu ini. Kadang2 kita xlepas drp terlanjur kata. Apa2 hal, fikir dulu sebelum berkata2 kerana pepatah mengatakan kena pulut santan binasa.Kata2 itu lebih tajam drp mata pedang.
Semoga sdr skuarga mendapat hidayah dan rahmat Allah swt. Amin.

Tolahah said...

Asslamualaikum,
Alhamdulillah syukur En Roslan telah sedar atas keterlanjuran. Saya cadangkan agar En. Roslan berubah arah sedikit tetapi aliran seni masih sama. Cuba lihat Sami Yusof dan Yusuf Islam. Lagu-lagunya begitu menginsafkan serta mengagungkan Allah. Selama mana orang mendapat manfaat daripada lagunya selagi itu mereka akan mendapat ganjaran pahala dari Allah. Walaupun mereka telah berada di alam kubur sekalipun.
Benda yang baik usah ditangguh sementara hidayah masih ada. Selepas ini perbanyakkanlah ke majlis ilmu agama insyaAllah En Roslan akan tahu ke mana halatuju hidup ini. Jangan lupa kunjungi blog saya
http://fikir2renung2.blogspot.com/ banyak pengajaran boleh didapati di blog berkenaan, insyaAllah...

Anonymous said...

salam

Pandangan Roslan terhadap orang agama adalah jujur dan benar. Malah Pas adalah pemutar-belit agama dan khawarij zaman ini.

:P

saya ada mengular ucapan saudara Roslan di blog saya di www.tinjau.wordpress.com [ http://tinjau.wordpress.com/2008/06/20/roslan-aziz-ego-seorang-agamawan/ ]

kalau ada tersilap bahasa atau menyinggung perasaan saudara Roslan, saya minta maaf.

boleh lihat tulisan saya yang hampir sama di www.badutagama.blogspot.com, Sanoisme Dalam Pengamalan Sunni

Anonymous said...

assalamualaikum bro roslan,
sesungguhnye stiap ape yg berlaku pasti ade hikmahnye..percaya pd janji2Nya..semoga sume diberi hidayah drNya..jgn biarkan hidayah yg Allah kasi berlalu begitu shj..ameen..

roslan aziz productions said...

Blogger wnorhaslina said...

Salam,
Nak mintak maap gak kat bro sebab ada kutuk-kutuk abg roslan. mintak maap..

Jun 20, 2008 4:27:00 PM
Takpe ...tak sengaja...abg faham perasaan anda semua...
Abg sudah memaafkan semua...abg berlapang dada...Semoga perkenalan kita diberkati NYA....

IKHLAS
roslan aziz

Anonymous said...

Tahniah kepada saudara Roslan di atas sikap tanggungjawab beliau.Benarlah sesungguhnya kebenaran mengatasi kebatilan.Mana mungkin manusia dapat hidup di dunia ini tanpaNya. Islam agama yang sempurna, bukan anti hiburan tetapi hiburan ada batas2nya. kerana...sehebat mana pun manusia, akhirnya dia akan kembali kepada tuhan dalam keadaan sebagai seorang hamba.

Unknown said...

Salam...
memula keluar isu ni, terdetik dalam hati

"...kenapa bro roslan buat begitu, aku tak pernah kata apa pun tentang dia walaupun bukannyer kita tak tahu kontroversi yang dia buat...

wah mentang2 la public figure sesuka hati je buat kenyataan... kenapa la tak pikir dulu..."

Tapi itu, masa tu je lah... kira oklah bro dh mintak maaf... harapnya ikhlas

Banyak sekali nasihat2 untuk bro roslan si disini =)

Beruntung sekali bro roslan mempunyai sahabat2 maya yang masih lagi menyayangi...

doa sy agar apa yang berlaku dijadikan sempadan & tauladan kepada kita semua...

Quantcast Quantcast

Haring by 'aLi

MUSICOLOGY