Saturday, June 21, 2008

Roslan Aziz ??


Blogger Edy said...
Ini komen saya sebelum permohonan maaf Roslan Aziz ;

Roslan Aziz ??
Siapa tak kenal kontrovesi, pasti tidak kenal Roslan Aziz, iaitu mantan suami Shila Majid. Bukan mantan suami orang gaji Shila Majid ok.
Kenapa perlu menghina wahai Roslan? Mengatakan Pas menggunakan agama untuk tujuan politik adalah satu tuduhan yang berat. Adakah Roslan faham dengan agenda yang diperjuangkan oleh Pas?
Kita sebagai umat Islam harus menyokong sebarang bentuk usaha memartabatkan Islam. Jadi, adakah kerana Pas sering mengadakan aktiviti berbentuk islamiah maka Pas dituduh menggunakan Islam untuk tujuan politik?
Saya sentiasa membayangkan bahwa Pas itu adalah gerakkan Islam. Hidupnya parti Pas, maka hiduplah gerakkan Islam. Bukan bermakna Pas itu Islam dan Islam itu Pas. Gerakan Islam juga harus melalui medan politik. Gerakan Islam pada kamus hidup saya adalah amat penting sekali demi masa depan anak-anak saya.
Saya bukanlah orang yang patut counter pernyataan Roslan Aziz, cuma saya terpanggil untuk menyatakan pendirian saya bahawa Roslan Aziz telah membuat satu kesilapan besar dengan pernyataan tersebut. Saya juga menegaskan supaya pernyataan itu ditarik balik dan Roslan Aziz harus memohon maaf kepada kepimpinan Pas beserta ahli-ahlinya.

Jika kita tidak mampu untuk memberi apa-apa sumbangan terhadap gerakan Islam, cukuplah sekadar memberi laluan, bukan memberi sebentuk penghinaan.
Bak kata Roslan sendiri, bahwa "biarpun orang kata UMNO itu jahat tetapi tidak guna Islam untuk tujuan politik". Maka saya reply, "sekurang-kurangnya Roslan Aziz juga mengakui bahawa UMNO itu jahat sepertimana saya mengakuinya."
dan komen saya selepas permohonan maaf Roslan Aziz;
Terima kasih dengan kenyataan permaafan saudara, semoga Allah merahmati kehidupan saudara dunia dan akhirat.

Pedulikkan kata orang, saudara telah memohon maaf dan menyedari kesilapan. itu yang terbaik.

Jun 19, 2008 8:02:00 PM

No comments:

Quantcast Quantcast

Haring by 'aLi

MUSICOLOGY