Ahmades & Juraij,
Apa ni kawan, banyak-banyak bersabar. Komen macam orang yang tak berhikmah jer. Bukan setakat tak berhikmah, tak berilmu pula tu..Saya rasa kenyataan Roslan ada juga kebenarannya.
Dan saya fikir ramai pimpinan PAS dapat menerima teguran sebegitu dengan lapang dada. Kerana kita hidup bernegara, tegur menegur itu suatu yang biasa dan diperlukan. Tetapi yang menjadi masalahnya apabila kita cuba memaksa pandangan kita ke atas orang lain. Sikap seolah-olah kita yang benar. Walaupun kita percaya sesuatu itu benar dan tidak ada dolak dalih lagi tetapi belum tentu lagi orang lain dapat menerima perkara itu. Sudah tentu atas sebab yang pelbagai: belum bersedia lagi atau memang pandangan orang lain itu berbeza. Jadi di sini perlunya hikmah atau kebijaksanaan.
Penggiat seni atau artis juga banyak jasanya kepada perkembangan masyarakat. Jangan semata-mata dihina kerana hal peribadinya atau dilupakan begitu sahaja sumbangannya kepada perkembangan tamadun dan kebudayaan manusia. Beri peluang dan buka ruang untuk berbincang.Untuk Roslan, saya salut dengan keberanian anda. Tidak perlu tunduk kepada kuasa politik. Seni sepatutnya juga menjadi check and balance kepada kekuasaan.
Jun 19, 2008 1:16:00 PM