Sunday, March 8, 2009
zubir ali: sebuah belasungkawa
Ada yang berkata PENANTIAN sebuah lagu berkisar cinta. Ada juga membaca lebih dalam- PENANTIAN sebuah lagu ketuhanan. Pedulikanlah-yang pasti PENANTIAN merupakan sebuah lagu yang amat menyuntik segar dan romantisme dalam jiwa setiap orang yang mendengar dan dapat merasai nikmatnya sebuah lagu (baca; muzik). PENANTIAN mengembalikan semula manis nostalgik zaman remaja anda dengan acuan kerja yang amat lembut dan penuh rasa.
Berbekal lantang suara dan disiplin dalam kerja nyanyi, Zubir Ali menerobos ke dalam jiwa orang melayu kebanyakan-zaman itu malahan zaman ini sekalipun. Zubir antara yang faham bahawa senikata, melodi dan susun muzik adalah elemen yang amat berkait rapat dan harus ada pertautan perasaan yang kuat dalam kerja2 penyatuan. Lihat dan dengar bagaimana pula DOA- sebuah puisi Chairil Anwar- disampaikan secara berlagu dengan amat menusuk dan menikam. Pedulikan juga kerana tidak ada yang mengatakan DOA sebuah lagu berdakwah sepertimana kumpulan2 nasyid masakini. Tetapi setiap hasil kerja yang menyeru kebaikan itu sendiri suatu dakwah, sebenarnya (jika kamu masih ingat, DOA pernah mencetuskan kontrevensi bodoh yang dimulakan oleh manusia2 bodoh ekoran sebaris ayat-..tuhanku, pintumu kuketuk..-). DOA di tangan Zubir Ali tidak menghina pendengar muzik, apatahlagi penulis puisi tersebut-sang seniman seberang- dengan kerja lagu yang hentam keromo. DOA sebuah hasil karya yang amat bertanggungjawab dan telus pembinaanya. Tidak dihasilkan untuk menunjuk handal si pembuat tetapi adalah manifestasi telus jiwa yang mengerti keperluan dan kemestian memahami fungsi muzik dalam mengangkat sesebuah naskhah karya tulis (baca: puisi).
Meski agak melankolik (kerana orang melayu memang suka yang melankolik), Zubir juga sang seniman yang tidak hanya tertidur dengan nyaman angin dan debur ombak. Zubir mengangkat derita munir- anak kecil yang parah ekoran serangan zionis terhadap kem pelarian palestin di satila dan sabra pada tahun 1982-melalui BALADA SEORANG GADIS KECIL yang tidak pernah dirakam dalam album sehinggalah tahun 2006. Lagu inilah yang menjadi kekuatan jiwa seniman zubir ali yang ketika itu meninggalkan jauh ramai penyanyi dan dan karyawan sezaman dalam sendu murah dan gemerlap populariti dunia hiburan. Jangan tanya kenapa perlu ada lagu sebegini-tetapi tanyakanlah kenapa tidak ada pemikiran seperti lagu ini dalam kebanyakan karya muzik di Malaysia meski kepada mereka yang sibuk melaungkan diri sebagai penyanyi lagu puisi itu.
Zubir Ali menceroboh masuk kealam populariti dengan amat bertanggung jawab. Beliau tidak perlu terhegeh-hegeh mengikuti dulu arus perdana, mencipta tapak kemudian berpaling semula menjadi pejuang dan seniman dihormati dengan karya2 sepatutnya. Beliau memaksa khalayak menerima kehadirannya dengan cara yang amat menarik, bijak dan sedar. Itu yang amat dikagumi bila bercerita perihal seniman yang menutup mata pagi jumaat lalu di hospital pakar damansara.
Ramai yang berkata selepas kepergian ini, penantian beliau akan berakhir. Tetapi berakhirkah penantian kita, juga penantian beliau semasa hayat untuk melihat lagu puisi (saya amat tidak selesa menggunakan istilah lagu puisi) dihasilkan dengan lebih bertanggungjawab dan bertanggungjawab juga terhadap kemanusiaan dan kerohanian sekaligus mendapat tempat yang sewajarnya dalam masyarakat pendengar dan industri?
Atau mungkinkah kita akan terus berada dalam penantian yang tidak berkesudahan?
Sekalung doa dan yang baik-baiklah untuk beliau di sana

1 comment:
aik? dua kali saya baca artikel ni? tak pandai tulis sendiri ke?
haha!
Post a Comment