Satu Kelainan Pemikiran
Menulis Demi Cinta - Fair
Interpretasi : Lirik Jentayu - Tongkat Warrant
Satu Interpretasi : Jentayu
Salam semua, saya akan cuba mengupas apakah yang ingin dinyatakan dari lagu Jentayu ini. Ini adalah interpretasi saya untuk semua dari satu kelainan pentafsiran, demi cinta untuk semua !
Lagu : Johan Nawawi
Lirik : Allahyarham Usman Awang (Tongkat Warrant)
Penyanyi : Shiela Majid & Nora
Penerbit (Published by): Musicworks
Produksi (Produced by) : Roslan Aziz Productions
Jentayu
\\ Saya belum menggoogle sepenuhnya tentang burung Jentayu. Bila di”mabuk”kan fikiran, saya mendapat tiga tafsiran “karut-kerut” iaitu : Jentayu = Jentera Melayu, Jentera Ayu (Pejuang Wanita) dan Jeneral T’Akhir Melayu.
Di paruhmu kemilauan sinar
\\ Senjata yang digunakan baik mata pedang ataupun mata pena berdasarkan prinsip berprinsip yang “Haq” atau benar
Menyepuhi sejuta rasa
\\ Memulihkan jiwa semua
Kemuliaan di hatimu
\\ Niat dan perbuatan yang ikhlas : Kerana Allah
Bening budi terdampar di jagat raya
\\ Apa yang dilakukan masih belum terlihat sepenuhnya oleh mereka yang tidak mampu memandangnya
Di sayap taufan kau jelajahi
\\ Berani untuk berjuang walau dalam pentas / gelanggang pertarungan yang amat kejam
Awan gemawan membawa rindu
\\ Mereka yang dapat melihat ditafsirkan sebagai awan kerana sifatnya yang meneduhkan dan menangiskan hujan rahmat. Mereka ini adalah para-para solehin & solehah yang bibir tidak pernah kering melafazakan doa untuk perjuangan pejuang-pejuang Islam. tanda-tanda kenabian Nabi Muhammad S.A.W juga salah satunya dikaitkan dengan awan yang memayungi baginda.
Kasihmu menentangi kezaliman
Ketidakadilan
\\Cintanya para pejuang demi untuk mempertahankan bangsa dan agama. Mereka melawan segala bentuk kezaliman (baca : ketidakadilan dalam membuat sesuatu keputusan = berat sebelah = meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya yang sepatutnya)
( korus )
Jentayu
Patah sayap bertongkat paruh
\\ Sayap : Jasad seluruhnya terutama kudrat 4 kerat (tangan dan kaki)
\\ Paruh : Kata-kata / tulisan / karya seni sepenuh ikhlas
Jentayu
Patah paruh bertongkat siku
\\ Siku : Kudrat empat kerat yang masih tersisa
Jentayu
Patah siku bertongkat dagu
\\ Dagu : Kata-kata / tulisan / karya seni yang masih berbisa
Jentayu
Patah dagu bertongkat kuku
\\ Kuku : Istiqamah hati. Senjata yang paling terakhir (juga paling ampuh : kuku adalah penting untuk spesies burung memantau dari ranting yang atas), maka apabila menggunakan kuku maka jasad Jentayu pasti telah mencecah tanah setelah bertarung di udara bebas penuh ikhlas.
\\ Uniknya lirik ini mempunyai frasa “Tongkat” seperti mana Nurbisa ak.a. Loloq untuk lagu Berikan Nur Bisa. Seperti lagu ini bagai mencerminkan perjuangan mereka berdua !
\\Tafsiran Korus Secara Pukal : Pejuang yang sebenar tidak akan gentar dan mengaku kalah, mempertahankan yang haq (untuk yang layak). Pejuang sebenar (terpilih) pasti dikurniakan ilhamkan sejuta cara. Akhirnya jika ditakdirkan menitiskan darah terakhir, maka cintanya telah dijulang ke langit diraikan dan diiringkan oleh para malaikat bersama tasbih tiada tara.
Pinjamkanlah hatimu
Untuk semua
\\ Semoga sejarah pejuang yang tiada atau masih ada akan melahirkan pejuang-pejuang lain yang lebih hebat. “Fussion Reaction” / Rantaian Teori Domino.
( ulang korus 2X )
Pinjamkanlah syahdumu
\\ Bisakah kita merasai nikmatnya perjuangan mereka ? Tiada syahdu yang lebih agung dan damai di hati selain dari perjuangan kerana Allah S.A.W ! Syahdukan dirimu dengan ingatan yang sentiasa “echo” akan kasih sifat-sifat-Nya. Pelajarilah sifat 20 & carilah guru yang MURSYID.
Marilah kita sedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarham Usman Awang & semua muslim yang hidup dan telah meninggalkan kita.
“Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan permata, cuma perlu digilap : pada mata kita agar terang menyaksikan keindahan permata itu. Mata nilai Permata”
Fairuz Hafeez
Mentafsir Demi Cinta
2 comments:
Very interesting bro...keep it up !
ABG Roslan Aziz
TQ abg lan ...
Saya cuba ...
Kalau ilham datang lagi !
U too ...
balun habis-habisan
Bangga dengar hasil karya
politik (popular di radio + kualiti tinggi + ikhlas + kreatif)
Warisan kita, lagu malar hijau berikut :
Jentayu Cinta di akhir garisan Hijau, Ikhlas tapi Jauh.
;)
Post a Comment