Monday, May 24, 2010
Sunday, May 23, 2010
Wednesday, May 19, 2010
Tuesday, January 05, 2010
DNA Muzik
Friday, January 01, 2010
DNA Muzik.
1.
Selain dari key, not, bentuk, instrumentasi, tempo dsb. Apakah dasar yang membezakan satu karangan lagu dengan karangan yang lain?
2.
Apa yang menjadi identifikasi permainan antara pemuzik A dengan pemuzik B menerusi sebuah lagu yang sama, rentak yang sama, key yang sama dan instrumen yang sama?
3.
Apakah dia DNA yang menjadikan sesebuah lagu itu punya identiti yang tersendiri sebagaimana satu individu dengan satu individu yang lain?
Kesemua soalan-soalan ini bertujuan untuk melihat keindahan ciptaan tuhan dalam peta minda dan ketelusan jiwa manusia.
Kontuar melodi, dari 1 not ke 1 not yang lain me’reka sebuah naratif masa. Dari detik pertama hingga detik-detik seterusnya. Ini adalah disiplin rakaman masa paling kuno di dunia. Kadangkala kita bercakap melalut-lalut tanpa hujung pangkal. Tetapi muzik, muzik tidak akan melalut-lalut begitu, tidak akan ke‘laut’, malah ia tidak akan beku kaku. Muzik menunjukkan arah – haluan – refleksi – masa.
Hukum masa banyak memberi inspirasi(ide) kepada manusia memahami bagaimana alam berfungsi. A.Einstein menjawab apabila ditanya tentang Teori Relativiti-nya "It occurred to me by intuition, and music was the driving force behind that intuition. My discovery was the result of musical perception".
Nombor-nombor digit yang sedang kita guna hari ini, dalam apa jua kegunaan, juga bermula (tercipta) dari intuisi – imaginasi. Ciptaan muzik menolak imaginasi manusia untuk berimajan dalam bentuk-bentuk rigid yang berbeza-beza, mengikut pengetahuan mereka sendiri. Imajan ini berupa ‘penyelasaian masalah/conflict salution’. Tidak hairan, bagaimana cendikiawan zaman awal, baik saintis bidang perubatan, matematik dan kejuruteraan di sebelah Barat mahu pun Timur, punya aprisiasi yang tinggi terhadap seni. Mereka memahami dasar ilmu.
Kini, dasar ilmu itu sedang ditimbus oleh khayalan pada teknologi. Jua tidak hairan, mengapa insan zaman ini lebih sombong dan kering jiwanya. Ini melahirkan persepsi yang sangat serong terhadap kehidupan umumnya.
Kefahaman tentang DNA muzik ini mencetus 1 keresahan dalam diri. Dengan kepelbagaian sumber masa kini, baik menerusi teknologi, gaya dan tekanan ekonomi, ini memungkinkan aku sesat dalam memahami proses pengkaryaan. Bila kacau berfikir, maka akan kacaulah bekerja.
Bunyi hanya lahir bila ada ruang sunyi. Dengan sunyilah manusia berfikir, sunyi jugalah yang membuka ruang untuk disisi oleh ‘masa’. Kemahiran manusia bermain dengan ‘masa’ hanya dapat ‘membentuk’ naratif sesuatu perkara/tema. Membentuk atau membengkok ruang masa merupakan permainan seni silap mata yang unggul. Masih unggul.
Antara not C ke not E contohnya.
Jika C, maka ia tetap C yang akan menghala ke E. Ia bergerak dengan tempo tertentu (yang telah ditetapkan), dengan instrumen yang sama dan dengan bacaan skor yang sama. Jadi, kesemua persamaan ini pada realitinya akan melahirkan hasil yang sama, kesan yang serupa, namun pada hakikatnya ia berbeza.
Pause (temporary inactivity) – between 2 notes.
Hal ini menunjukkan ‘intuisi’ pemuzik yang bermain dengan not-not dalam persembahan itu secara semulajadinya akan berbeza. Pasti. Sebanyak manapun make up (untuk sama) atau cosmetic (untuk berbeza), ia tetap tidak akan terpadam DNA nya. Artur Schnabel, seorang pianist lagenda. Beliau sendiri pernah mengingatkan bahawa not-not muzik adalah perkara kedua terpenting selepas ‘pause’ diantara not-not ini. Seni itu berlaku ketika ‘pause’. Ketika itulah, detik itulah.
Memahami DNA muzik sahaja belum memadai untuk sukses berkarya. Sebaliknya, ia menjadi dasar buat pengkarya bergelut untuk express and bold identiti muziknya. Sering kita dengar ulasan “Artis itu ada identiti ini, lagu itu ada aura ini, muzik ini ada hantu X factor itu”. Hakikatnya, DNA setiap muzik itu sendiri sudah sememangnya berbeza. Tidak perlu make up tambahan. Cari dan Bold kan saja. Contoh mudah, dengarkan Far Elise karya Ludwig Van Beethoven. Tuhan telah mewahyukan keindahanNya menerusi seorang insan pekak yang mencintai Fur Theresa. Kita mendengar, dan sayang, cinta beliau telah gagal. Namun … pause between 2 hearts inilah yang telah mencipta DNA buat kita pelajari !
Subscribe to:
Posts (Atom)